Wow! Kini CJ Wow Shop Beri Ganjaran Dalam Wow In A Million?

Berikutan jumlah pelanggannya yang bakal mencecah satu juta, rangkaian beli-belah di rumah inovatif ini telah melancarkan inisiatif “WOW in a Million” bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setianya.

Kempen “WOW in a Million” akan disambut selama sebulan dan para pelanggan ini yang menyumbang jumlah pembelian tertinggi akan menerima kejutan manis apabila pasukan CJ WOW SHOP tampil di halaman rumah untuk memberikan ucapan terima kasih dan mempersembahkan pelbagai hadiah dan ganjaran. 

Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun berkata, para pelanggan setia CJ WOW SHOP adalah faktor utama penyumbang kepada pencapaian hebat CJ WOW SHOP.

“Antara faktor kejayaan kami adalah keyakinan dan kepuasan pelanggan yang telah memberi sokongan kepada kami tahun demi tahun. Merekalah yang sentiasa memacu kami menuju ke puncak pencapaian yang lebih tinggi. ‘WOW in a Million’ merupakan peluang kami untuk menghargai pelanggan dan peminat utama dengan menawarkan penjimatan hebat, pelbagai ganjaran misteri, serta kejutan manis yang benar-benar mengujakan.” Katanya

Tawaran hebat buat pelanggan setia rangkaian beli-belah ini akan diberi ganjaran baucar beli-belah bernilai RM20 setiap orang untuk pembelian seterusnya menerusi platform e-dagang CJ WOW SHOP dari 1 – 30 September. 

Salma Syahbuddin