Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model yang mendapat perhatian ramai.
Untuk makluman, sebelum Wafariena menceburi bidang lakonan, dia aktif sebagai penyanyi pancaragam di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kemudian, dia menyertai pertandingan Dewi Remaja 2018/2019.
Nama Wafariena mula meningkat naik apabila dia berjaya membawa watak antagonis iaitu Nurul Ain menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku.
Jadi, untuk #TriviaXTRA kali ini, Wafariena berkongsi beberapa perkara yang ramai tidak tahu mengenainya.
Setiap orang mesti memiliki karakter yang orang lain tak akan menyangka itu dirinya. Begitu juga dengan Wafariena! Dia berkongsi dia seorang yang nakal! Haa⊠nakal macam mana tu?
âSaya suka kacau orang. Kalau orang yang saya kenal saya suka cuit-cuit, mengusik. Saya nampak macam lembut, macam manja tapi saya nakalâ
Suka mengusik orang rupanya si Wafariena ni eh đ€Ł
Shah Rukh Khan merupakan nama besar dalam industri hiburan dan mempunyai peminat dari seluruh dunia. Wafariena salah seorangnya! Siap teringin nak berlakon dengan SRK đ
âTeringin nak berlakon dengan Shah Rukh Khan! Impian tinggi tak salah kan? Dia multitalented, dia boleh nyanyi, boleh berlakon, buat kelakar. Semua dia bolehâ
Fuh! Siapa je tak minat Shah Rukh Khan kan? Harap angan-angan Wafa tercapai đ«¶
Jangan ingat manja-manja, lemah lembut senang nak dibuli. Wafariena garang jugak tau! Grrr
âWafa ni garang. Siapa yang tahu⊠Wafa garang tu Wafa diam. Adik-adik tahulahâ
Jangan kejut harimau yang sedang tidur. Serammm đ€Ł
Sebagai seorang pelakon, Wafa gemar tonton cerita Bollywood dan Tamil sebagai rujukan untuk penambahbaikan kualiti lakonannya. Hebat! Tonton sambil belajar giteww.
âSuka tengok Bollywood. Semua Wafa tengok Bollywood, Tamil pun minat. Kita tengok bukan sebab kita suka dia punya language. Minat sebab Wafa belajar dan masih baru dalam industri sebab setiap movie tu lain dia punya lakonanâ
Cayalah Wafa đ
Kesian Naim, sabarlah ek. Moga yang kecam tu dapat hidayahđâđ»
Best konsert Nana!
Sudah-sudahlah... fokus pada yang penting saja
Boleh pulak macam tu