[VIDEO] Peminat Mahu Nubhan Buat ‘Comeback’ Lepas Diminta Menyanyi – “Suara Tetap Maintain Power”

Tular baru-baru sebuah rakaman video yang memaparkan penyanyi Mawi bersama penyanyi Nubhan berduet bersama sehingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nubhan memuat naik video tersebut yang memaparkan dia bernyanyi lagu hits Mawi iaitu Kian dalam sebuah acara baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian adalah, Nubhan tampil menyanyikan lagu popular itu selepas dihulur mikrofon oleh Mawi.

Biarpun secara spontan, Nubhan dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik sekali biarpun dalam posisi duduk.

“Mawi hulur mic…alamak tak hafal sampai habis pulak,” tulis Nubhan ringkas.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 90,000 tanda suka.

Kini, Nubhan bergiat aktif dalam dunia perniagaan menerusi produk makanan bersama ibunya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut. Malah ada juga menyifatkan suara Nubhan sangat menggamit kenangan remaja mereka.

Selain itu, ada juga berharap penyanyi Oh Juwita ini tidak berhenti menyanyi dan membuat kemunculan semula dalam industri muzik tanah air.

Khairil Khusyairi