Categories: Anugerah

Rangkul 6 Anugerah Di MDA Awards 2023, REV Media Group Terus Perkukuhkan Dominasi Inovasi Teknologi & Pemasaran Digital

Syarikat Media Digital terkemuka, REV Media Group (REV), telah muncul sebagai pemenang dalam beberapa kategori baru sekali gus menunjukkan kekuatannya dalam inovasi teknologi digital dan pemasaran di MDA d Awards 2023, pada Jumaat lalu.

Kemenangan tersebut juga telah mengukuhkan kedudukan REV sebagai peneraju industri, menunjukkan komitmen mereka untuk terus maju ke hadapan dan meneroka sempadan baru.

Salah satu pencapaian terbaik ialah pengiktirafan REV sebagai Best Digital Tech Product (Emas) untuk MyUndi, produk teknologi digital inovatif yang merevolusikan penyertaan warganegara dalam proses demokrasi.

Membawa ‘Holistic Digital Experience for GE15’ sebagai tajuk, pengalaman pengguna MyUndi yang lancar memberi peluang kepada individu untuk terlibat seperti sebelumnya dan menjadikan REV sebagai peneraju utama dalam memanfaatkan teknologi untuk pemerkasaan warganegara.

Selain itu, REV turut merangkul Emas bagi kategori Best Use of Digital Marketing Innovation – Non-profit/Pro-bono Campaign sempena kolaborasi bersama dengan SAYS dan Wiki Impact.

Kempen yang berjudul “Shining a Spotlight on Everyday Malaysians”  tersebut telah menggunakan pemasaran digital yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong perubahan positif serta membuktikan komitmen REV untuk memberi impak yang bermakna melangkaui platform digital mereka.

Malah, kemenangan ini turut menonjolkan pencapaian kecemerlangan mereka dan memberi peluang untuk memperkukuhkan kedudukan mereka dalam industri dengan memperkuat usaha dalam inisiatif ESG.

Bahkan, REV juga komited sepenuhnya untuk mengintegrasikan nilai-nilai ini ke dalam amalan perniagaan mereka selepas menyedari kepentingan faktor persekitaran, sosial, dan tadbir urus.

Sementara itu, syarikat ini turut memenangi anugerah Perak bagi kategori Best Digital Publisher of the Year yang sangat kompetitif dalam menekankan dedikasi mereka untuk memperjuangkan evolusi data dan kandungan secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai pelopor dalam landskap media digital.

Lebih menarik lagi, kempen Grabfood 5-Star menjadikan REV membawa pulang anugerah Perak untuk Best Use of Data. Dengan menggunakan cerapan dan analitik berpandukan data, REV berjaya memadankan peminat makanan dengan restoran bertaraf tinggi di GrabFood, memberikan pengalaman yang diperibadikan dan lancar bagi pengguna. Pencapaian ini menunjukkan kepemimpinan REV dalam memanfaatkan data untuk kecemerlangan pemasaran.

Hasil kerjasama REV dengan IKEA bagi Festival Tidur yang menawan, mereka juga berjaya menerima anugerah Perak untuk Best Use of Mobile.

Festival tersebut menjadi satu inisiatif mudah alih bagi mengubah persepsi orang ramai terhadap tidur dan menekankan kepentingannya. Dengan memanfaatkan teknologi mudah alih, REV melibatkan audiens dan meningkatkan kesedaran, mengukuhkan reputasi mereka sebagai inovator dalam pemasaran mudah alih.

Bukan itu sahaja, Ledwina In Jia Fang selaku Ketua Spark di REV Media Group turut menerima anugerah Perak untuk Digital Person of the Year.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif REV, Samuel Wee, kejayaan mereka untuk kategori baharu ini dapat memberikan impak positif kepada mereka melalui teknologi dan pemasaran.

“Kemenangan dalam kategori baharu ini mempamerkan keazaman kami untuk memberi impak positif melalui teknologi dan pemasaran.

Kami tetap teguh dalam usaha kami untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri dan meningkatkan inisiatif ESG kami.”

Pencapaian luar biasa REV Media Group mencerminkan ketahanan, kepintaran, dan usaha mereka yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai kecemerlangan. Dengan tumpuan yang diperbaharui pada produk teknologi digital dan inovasi pemasaran, REV bersedia untuk memberi impak yang berkekalan dalam landskap media digital, mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju industri.

Berikut adalah merupakan kemenangan REV Media Group di MDA d Awards 2023:

Emas – Best Digital Tech Product – MyUndi (Holistic Digital Experience for GE15)

Emas – Best Use of Digital Marketing Innovation – Non-profit/Pro-bono Campaign, (Shining a Spotlight on Everyday Malaysians)

Perak – Best Digital Publisher of the Year (How REV is Championing the Evolution of Data & Content) *(Tiada pemenang Emas untuk kategori ini)

Perak – Best Use of Data (Grabfood 5-Star: Matchmaking Foodies to 5-Star Rated Restaurants on GrabFood

Perak – Best Use of Mobile (How We Sparked A Sleep Revolution with IKEA’s Sleep Festival)

Perak – Digital Person of the Year (Ledwina In Jia Fang)

Fatin Nurain