Setiap kali tiba musim perayaan, pasti ada sahaja kejadian yang melakar memori. Filem original Tonton terbaharu yang berjudul ‘3 Sekawan: Misi Aidiladha’ mengetengahkan peristiwa menarik yang berlaku pada musim Raya korban.
Dalam filem ini, Faiz (lakonan Umar Shakur) dikehendaki tinggal di kampung bersama Tok Wannya (lakonan Kazar) kerana kedua ibu bapanya, Fikry dan Shiha, bakal menunaikan ibadah haji. Kepulangan Faiz ke kampung mempertemukannya kembali dengan rakan-rakannya iaitu Danush (lakonan Rudtra Manivanan) dan Chong (lakonan Camans Kong). Mereka amat gembira dapat bersatu semula sempena Adiladha kali ini.
Pada setiap malam, tiga sekawan ini akan setia mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tok Wan. Tazkirah Tok Wan tentang sifat ihsan terhadap haiwan telah menggerakkan hati ketiga-tiga anak kecil ini untuk nekad menyelamatkan semua haiwan ternakan dari dijadikan santapan korban Raya Haji. Semestinya hal ini mengejutkan orang kampung. Mereka menentang cadangan tiga sekawan ini.
Namun, Faiz, Danush dan Chong tidak berganjak dengan pendirian mereka. Mereka kekal nekad untuk melepaskan semua haiwan. Walau bagaimanapun, misi mereka ini tidak kesampaian apabila pada hari yang dirancang, haiwan-haiwan tersebut telah pun terlepas dek dicuri oleh Geng Pangkin Parit.
Penduduk kampung telah menuding jari ke arah tiga sekawan ini. Malah, Tok Wan dan Sarjan Rahim (lakonan Dato’ Rahim Razali) juga telah mendesak Faiz untuk membuat pengakuan. Ibu Chong dan ibu Danush turut yakin bahawa anak mereka adalah dalang di sebalik kehilangan haiwan-haiwan ini. Namun, tiga sekawan itu tidak mengaku.
Apakah nasib tiga sekawan yang tidak bersalah ini? Mampukah mereka mendapatkan semula haiwan-haiwan yang telah hilang itu untuk perayaan Aidiladha ini?
Cerita Apa? ‘Tiga Sekawan Raya Haji’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton
Betul apa kata Betty! Selalunya memang macam tu lah jadinya🤧
Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧
Alamak, tiber nama Nora Danish pula yang dipetik ekkk
Kali ni adik pulak muncul back up kakak. Tapi yang paling min fokus lagu background…
Min doa Irma Hasmie terus tabah 🥹🥹