Categories: Anugerah

Tahniah! Segmen KJ JADI DJ Berjaya Merangkul Trofi Emas Di Anugerah Appies 2023

Hot FM menerusi Bekpes Hot dan kempen, KJ JADI DJ meraih kemenangan di majlis Anugerah Appies 2023 yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Pendekatan KJ JADI DJ yang inovatif dan memikat terhadap kandungan digital dan media sosial turut membawa pulang Trofi Emas dalam Kategori Digital dan Sosial di Anugerah Appies 2023.

Kemenangan ini bukan sahaja mengiktiraf kempen KJ JADI DJ, malah membuktikan daya saing serta aura Hot FM selaku pemain utama dalam arena penyiaran radio di Malaysia.

Selain itu, Hot FM tidak terbatas hanya di radio malah di platform digital dan media sosial untuk kekal berkomunikasi dengan audiensnya.

Menurut Pengarah Rangkaian Kumpulan (Hot FM, Kool101, Digital), Shah Hayatudin menyatakan anugerah yang diterima sebagai bukti usaha dan semangat dalam menghasilkan kandungan digital serta radio yang berkesan.

Pada masa sama, Khairy Jamaluddin selaku penyampai radio Hot FM memberitahu turut berbangga dengan pencapaian yang diterima dan gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Bekpes Hot FM.

“Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Bekpes Hot FM, dan kami telah mencapai beberapa anugerah dan penghargaan yang ketara dari industri radio serta pendegar Hot FM.

“Tahniah kepada pengurusan Media Prima Audio kerana mengemukakan idea-idea segar seperti kempen “KJ Jadi DJ”, yang telah memenangi Anugerah Emas di The Appies Malaysia dan Asia Pasifik 2023 dalam Kategori Digital & Sosial.

“Anugerah ini pastinya akan memacu Hot FM, terutamanya kami di Bekpes Hot, untuk bekerja lebih keras di masa hadapan untuk menghasilkan idea-idea baru dan sampaikan maklumat yang berguna untuk dikongsi dengan pendengar-pendengar kami,” ujarnya.

Segmen “KJ Jadi DJ” telah mencetuskan fenomena, membangkitkan perbualan, dan menyengat audiens dengan tanda pagar popular #KJJadiDJ di platform media sosial Hot FM.

Kesan segmen ini terhadap pengguna media sosial telah mengukuhkan lagi kemampuan Hot FM dalam mencipta hubungan yang bermakna dalam dunia digital.

ARTIKEL BERKAITAN: Hot FM Kini Stesen Radio Nombor Satu Di Malaysia

Maya Basir

Recent Posts