Trending By: SGMS Enal December 2, 2017 @ 2:38pm

Tuah Miliki Setem Tanpa Harga,Dijual Pada Harga RM5 Juta

Siapa sangka dengan miliki hobi mengumpul setem, seorang lelaki bakal bergelar jutawan dengan hanya sekeping setem yang mampu mencecah dengan harga RM5 juta,

Menurut Syahril A Kadir di laman Facebooknya, pada 3 Jun 1967, pemilik setem berkenaan, Mubarak Ali Rajak yang ketika itu baru berusia 15 tahun sedang melihat surat-surat yang diterima bapanya di kedai mereka di Kuantan, Pahang.

Kerana hobinya gemar mengumpul setem, Mubarak leka membelek setiap kepingan itu, akan tetapi dia terlihat sekeping surat daripada Bank Standard Chartered yang dikirim kepada bapanya.

Bila ditenung dan diperhatikan dengan teliti, Mubarak terkejut kerana setem di surat tersebut tidak tertera harga seperti mana setem yang lain.

Walaupun masih muda remaja ketika itu, Mubarak dapat merasakan setem berkenaan pasti akan menjadi satu ‘collector’ yang berharga suatu hari nanti.

Sangkaannya tidak meleset dan kini setelah 50 tahun berlalu, apa yang dirasakannya itu ternyata tepat!

Menurut Mubarak, keaslian dan keunikan setem ini telah diakui oleh Pos Malaysia sendiri dan juga telah disahkan tulin oleh The Royal Philatelic Society Of London, malah ia juga mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record.

Mubarak juga bersedia ‘melepaskan’ setem kesayangannya itu jika ada pihak yang sanggup membelinya dengan harga RM5juta!

Jelas Mubarak, sebenarnya berlaku kesilapan dalam mencetak setem-setem berkenaan.


“Saya difahamkan syarikat yang mencetak setem tersebut iaitu Harrison And Son Limited di London, telah melakukan kesilapan hingga 100 keping setem yang sama dihasilkan mereka tidak mempunyai tanda harga. Apabila saya ke pejabat pos untuk membeli beberapa keping lagi setem yang sama, kerani itu memberitahu kesemua setem tersebut telah dibatalkan/dimusnahkan.

“Hanya sekeping setem yang ‘terlepas’ iaitu yang ada pada simpanan saya sekarang, sekali gus mencatat rekod satu-satunya setem di dunia yang tidak mempunyai tanda harga,”katanya.

Jelasnya, dia bukan sengaja mahu meletakkan harga yang tinggi itu, tetapi ia dibuat setelah penyelidikan dan mengkaji harga pasaran setem-setem yang unik seperti ini.

“Pergilah cari kat mana-mana tempat di dunia ini yang ada setem sebegini, tak ada. Hanya di Malaysia,” tambahnya.

Sumber – Syahril A. Kadir

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Aug 2018

整容般的化妆技术「大婶一秒变女神」

市面上除了有越来越多厉害的化妆品外,女孩们的化妆术也更强大啦!近日在抖音上又有一用户放了堪称整形前后对比的美妆影片,这到底有多厉害呢?

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Trending Tue, 14 Dec 2021

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa!

Peminat-peminat tegar drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini. Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal […]

Trending Fri, 14 Apr 2023

[VIDEO] Iklan Raya Wajib Tonton, Imbas Kenangan Silam Takbir Rumah Ke Rumah

Saban tahun kita disajikan dengan pelbagai kisah raya yang menarik di kaca TV mahupun di platform-platform online. Kadang-kadang tu, ada video raya yang cliché giler jalan ceritanya. Mahukan sesuatu yang berbeza, Perodua mempersembahkan sebuah filem pendek ‘Rumah Finale’ yang mengetengahkan […]

Trending Tue, 9 Jan 2018

Stor Apple Bertukar Kecoh Apabila Bateri IPhone Meletup

Angkara sebiji bateri Iphone meletup, kecoh satu kedai dibuatnya! Kejadian berlaku di sebuah stor Apple di Zurich dimana…