Categories: Trending

Tunjuk Peningkatan, Media Prima Audio Kekalkan Kedudukan

Media Prima Audio (MPA) masih mengekalkan kedudukannya sebagai rangkaian radio berpengaruh di negara ini, sebagaimana yang direkodkan menerusi tinjauan radio komersial GFK (GfK Radio Audience Measurement) pertama untuk tahun 2022.

MPA memulakan tahun 2022 dengan pelbagai kandungan yang lebih segar, bakat baharu, kempen-kempen yang menarik dan aktiviti di lapangan yang menjanjikan bilangan pendengar dan penonton.

Hot FM telah mengekalkan kedudukannya sebagai salah sebuah stesen radio terbesar di negara ini dengan 3,513,000 pendengar setiap minggu. Jumlah pendengar stesen Hot FM menunjukkan peningkatan menerusi kumpulan pendengar berusia di antara 30 – 34 sebanyak 8 peratus dan mereka yang berusia 35 – 39 tahun sebanyak 18 peratus. Selain itu, peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11 peratus disumbangkan oleh pendengar dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke atas.

Selain itu, Hot FM juga merupakan stesen radio di Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut teramai di Twitter dengan 1.8 juta pengikut dan 1 juta pengikut di TikTok. Hot FM juga telah melaksanakan pelbagai kempen sejak awal tahun antaranya Hot JL, Hot FM Rakyat Renjer Pegang Apa Tu?, #RewangRakyatRangers, dan Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase. Kempen-kempen ini membolehkan pendengar untuk memenangi wang tunai dan peluang untuk berinteraksi dengan penyampai segmen pagi Hot FM, Rakyat Ranger bersama Fara Fauzana, AG dan Fad.

Stesen berita berbahasa Melayu MPA, Buletin FM telah mencapai jumlah pendengar sebanyak 236,000 setiap minggu, dengan peningkatan sebanyak 31,000 pendengar secara mingguan berbanding dengan keputusan tinjauan kedua pada tahun 2021.

Tambahan lagi, Buletin FM telah mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen radio berkredibiliti buat pendengar kolar putih (PMEBs) dengan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 40 peratus. Selain itu, Buletin FM juga memperkenalkan beberapa kempen seperti Usahawan Buletin FM untuk mempromosikan perniagaan usahawan kecil dan sederhana serta kempen Masterclass Buletin FM, di mana Buletin FM mengundang panel jemputan untuk berkongsi informasi berkenaan perniagaan kepada pendengar Buletin FM.

MPA telah melancarkan stesen radio baharu pada Januari lalu iaitu Molek FM, yang bertujuan untuk memberikan hiburan dan meraikan komuniti Pantai Timur melalui gaya hidup, warisan dan aspek tradisi masyarakat setempat. Molek FM menyasarkan demografi pendengar yang lebih besar di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Stesen Molek FM telah berjaya mengumpulkan sejumlah 246,000 pendengar pada setiap minggu. Walaupun baru dilancarkan, Molek FM telah merekodkan sebanyak 7 jam 46 menit seminggu untuk jumlah masa mendengar (TSL). Selain itu, Molek FM telah mengadakan beberapa kempen untuk pendengar setia Molek FM iaitu Cek Mek Molek Tati, kempen pencarian bakat baharu penyampai radio Molek FM manakala kempen Duit Geng Molek pula menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada para pendengar. Molek FM juga telah menerima dua orang ahli keluarga baharu iaitu DJ Nazz yang tidak asing lagi dengan dunia penyiaran radio di Malaysia serta Kamilia juara pencarian Cek Mek Molek Tati yang masing-masing memasuki keluarga Molek FM pada 24 Mac dan 11 April 2022.

Fly FM telah merekodkan 1,033,000 jumlah pendengar mingguan. Daripada jumlah berkenaan, berlaku peningkatan pada jumlah pendengar bagi segmen pagi Fly FM sebanyak 70 peratus dan segmen petang sebanyak 32 peratus bagi kumpulan pendengar berumur 30 – 34.

ly FM telah berjaya menggandakan pendengar eksklusifnya kepada 96,000 pendengar pada setiap minggu. Selain itu, Fly FM telah menjalankan kempen seperti Fly FM Boomerang Tracks yang membolehkan pendengar memenangi hadiah wang tunai dengan meneka penyanyi dan tajuk lagu. Bagi kempen Fly Five Beats, pendengar perlu mengenal pasti nama penyanyi dan tajuk kelima-lima lagu untuk memenangi hadiah yang berupa wang tunai.

Bagi satu-satunya stesen radio berbahasa Cina dibawah naungan MPA – 8FM telah merekodkan sebanyak 447,000 pendengar pada setiap minggu, dengan peningkatan bagi kumpulan pendengar berumur 10-14 dan 20-29. Selain itu, terdapat juga peningkatan sebanyak 54 peratus daripada pendengar dengan pendapatan isi rumah berjumlah RM8,000 dan ke atas.

8FM juga telah mengadakan beberapa kempen istimewa untuk pendengar 8FM iaitu SPM Saya Pun Mampu, 过好生活之你好夏天 (8FM Hello Summer) serta 过好生活之跟我揾食 (8FM Food Award) yang terajui oleh 8FM Royce & Angeline selaku penyampai segmen pagi di 8FM. Kempen ini telah memberi peluang kepada pendengar untuk memenangi hadiah berupa wang tunai.

Kajian tinjauan radio komersial GfK (GfK Radio Audience Measurement) telah dilakukan selama enam minggu dengan pendekatan metodologi gabungan dengan saiz sampel seramai 6,639 orang.

Padin