Nyanyi Single Popular New Boyz ‘Meraung’, Tomok Terkejut Anak Hafal Lagunya

Penyanyi Tomok terkejut melihat anak sulungnya, Arrian Shah Akid boleh menghafal dan menyanyikan lagu ‘Meraung’ ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Menurut Tomok, dia berasa bangga apabila anaknya itu boleh menghafal lagunya sendiri.

“Terkejut ayah dengar Arrian hafal lagu ayah,” tulis Tomok di kapsyen Instagram miliknya.

Lebih mencuri perhatian, suara Arrian dikatakan sama seperti Tomok tatkala lagu tersebut sedang ‘hits’ di corong-corong radio.

Single Meraung terkandung dalam album kedua New Boyz, Akur yang diterbitkan sekitar tahun 2000.

Menerusi video yang dikongsikan juga, Tomok kelihatan tersenyum sewaktu Arrian sedang menyanyi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Arrian dan mereka mahu melihat si cilik tersebut melakukan ‘cover’ lagu-lagu New Boyz selepas ini.

“Tak lama lagi Arrian buat rambut belah tengah.. tercetuslah fenomena Tomok Junior,” kata salah seorang netizen diruangan komen.

Selain menyanyi, Arrian juga fasih berbahasa Mandarin dan pandai mengaji.

Malah, si cilik ini turut mencuri perhatian ramai sejak dilahirkan kerana mempunyai raut wajah yang sangat comel.

Maya Basir