Categories: Trending

#UPDATE; Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kapten JT 610

Insiden pesawat Lion Air JT 610 yang terhempas di perairan Daerah Karawang terus mendapat tumpuan media antarabangsa.

Terbaru, pesawat ini diterbangkan oleh Kapten Bhavye Suneja yang memiliki pengalaman selama 7 tahun 8 bulan bersama syarikat penerbangan Lion Air.

Beliau turut dibantu oleh pembantu juruterbang Harvino.

Memetik laporan Liputan6.com yang memetik butir peribadi juruterbang dari laman LinkedIn mendedahkan, Bhavye memulakan kerjayanya bersama Lion Air sejak Mac 2011 iaitu, 7 tahun 8 bulan dengan jumlah 6,000 jam penerbangan.

Sebelum menyertai Lion Air, beliau adalah juruterbang pelatih bersama penerbangan Emirates, Dubai selama empat bulan, dari September hingga Disember 2010.

Pembantu juruterbang pula, Harvino mempunyai pengalaman mengendali penerbangan lebih daripada 5,000 jam.

Bhavye mendapat kelulusan dari Ahlcon Public School di New Delhi, India dan melanjutkan pelajaran di pusat pendidikan penerbangan Bel Air.

Sementara itu, kerja-kerja menyelamat pesawat terhempas itu masih giat dijalankan.

Juruterbang itu juga dikatakan mendapatkan lesen penerbangan daripada Bel-Air International, sebuah sekolah penerbangan di San Carlos, California, Amerika Syarikat bermula dari 2007 hingga 2009.

Penerbangan itu turut membawa 188 penumpang dan anak kapal itu, terdiri daripada 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi.

Dalam masa sama, seramai enam anak kapal yang turut berada di dalam pesawat itu dikenal pasti sebagai Shintia Melina, Citra Novita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula.

Pesawat yang dikenalikan Bhavye terhempas ke laut selepas gagal melakukan pendaratan di air, selepas 13 minit berada di udara pada kedudukan koordinat S 5’49.052″ E 107’ 06.628″ di perairan Karawang. – Agensi

 

SGMS Faida