Ada pelbagai perkara yang menyebabkan muka anda berjerawat, termasuklah faktor genetik. Yang itu kita tak bolehlah nak kawal, tapi ada juga perbuatan harian yang kita lakukan sebenarnya boleh mengakibatkan acne.
Pakar kulit, Dr Ellen Marmur mendedahkan perkara-perkara yang kita gunakan atau buat dalam seharian yang kita tak sangka pun boleh mendatangkan jerawat.
Berapa kerapkah anda mencuci telefon anda? Ia sebenarnya diliputi dengan kuman dan bakteria yang datang daripada tangan anda sendiri, dari dalam beg anda ataupun dari permukaan yang kotor contohnya. Ia boleh transfer ke muka anda apabila anda bersembang menggunakan alat tersebut. Sapu gajet anda ini dengan tisu anti-bakteria selalu untuk menghapuskan kotoran.
Jika anda tak kerap menggantikan sarung bantal anda, ia boleh menyebabkan jerawat. Walaupun anda mencuci muka setiap malam, sarung bantal anda membawa peluh daripada rambut dan tangan serta habuk kotoran daripada produk kecantikan yang anda gunakan sebelum ini. Benda-benda ini boleh menyumbat liang pori anda, jadi seelok-eloknya anda menukar sarung bantal anda setiap selang beberapa hari.
Tak sah kalau kita tak menyentuh muka langsung dalam sesuatu hari itu, tak kiralah dengan sengaja atau tidak. Itu sebabnya ada jerawat yang tumbuh! Sebelum anda menyentuh muka, anda selalu memegang benda-benda yang ada kuman di atasnya. Jadi memegang muka untuk tempoh masa yang lama selepas itu boleh menyebabkan kuman tersebut memasuki liang pori anda.
Kadang-kadang produk rambut pun boleh menyebabkan jerawat jika ia terkena bukan saja kulit muka anda tapi kulit badan di bahagian belakang anda juga! Sapukan tisu pembersih muka atau gunakan sabun badan betul-betul setelah menggunakan produk rambut.
Sesi menelaah atau sesi menonton drama hingga 3 pagi sebenarnya tak elok untuk kesihatan badan dan juga kulit. Tidur yang tak mencukupi boleh menyebabkan hormon anda tunggang terbalik lalu meningkatkan kadar stres dalam badan. Akhirnya tumbuhlah jerawat. Pastikan anda mendapati sekurang-kurangnya 8 jam tidur untuk rasa dan tampil dengan rupa yang terbaik.
Hmm… memicit jerawat mungkin nampak macam efektif dalam membantu menghapuskannya tapi itu hanyalah sementara. Lagi banyak anda memicit sesebuah jerawat itu, lagi lamalah ia akan kekal. Jika tangan anda kotor, anda hanya akan meletakkan lagi banyak bakteria dan kuman ke muka. Ini akan melambatkan proses pemulihan dan besar kemungkinan menyebabkan lagi banyak jerawat.
Jika anda sering mengusik sesebuah jerawat itu, anda mungkin akan meradangkannya lagi, dan akhirnya mengakibatkan kesan parut. Sebaliknya anda patut rawatinya dengan krim spot treatment.
Sumber: Seventeen
Wah, MK jadi jahat!
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..