Categories: Trending

[VIDEO] “Hentikan Impian Sebagai Penyanyi Jika…” – Persembahan Sweet Qismina Dikatakan Sekadar Lip Sync?

Melebarkan sayapnya ke dalam bidang nyanyian, pelakon Sweet Qismina kini dilihat aktif dalam kariernya lebih-lebih lagi dalam bidang nyanyian.

Baru sahaja melancarkan single pertamanya berjudul Namo, muzik video Namo juga kini telah mencecah ribuan tontonan di YouTube selepas dilancarkan bulan lalu. Lagu Namo ini berentak rancak dan mempunyai elemen tarian yang tersendiri.

Terbaharu, tampil dalam sebuah rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini, Sweet menjadi bualan netizen apabila persembahannya turut dimuat naik di YouTube.

Tampil dengan gaya yang cukup memukau bersama dua penari latar, Sweet dilihat begitu yakin dengan mengenakan busana warna biru dan hitam.

Namun, persembahan Sweet ini dikatakan sekadar ‘miming’ sahaja dan menyebabkan netizen tertanya-tanya adakah penyanyi tersebut menyanyikan lagunya secara live atau sekadar lip sync.

Menjengah di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen merasakan persembahan tersebut hanyalah ‘lip sync’ sahaja dan ada yang berasa kecewa dengan persembahan Sweet itu.

Sumber: Youtube TV9Malaysia official

Khairil Khusyairi