Categories: Trending

[VIDEO] Sebaknya! Bayi 12 Hari Antara Mangsa Termuda Covid-19

Sebanyak 235 kes baharu dengan 23 kes kematian dicatatkan setakat ini, namun apa yang lebih menyedihkan bayi berusia 12 hari dilaporkan antara pesakit jangkitan Covid-19 termuda di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, golongan yang mempunyai imunisasi rendah sangat berpotensi terkena jangkitan Covid-19 dan golongan ini menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diberikan rawatan.

Sumber : Google

Tambahnya lagi, tiga faktor berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 adalah individu yang berusia 70 tahun dan ke atas dan mempunyai penyakit lain serta mendapatkan rawatan lewat sehingga memerlukan bantuan pernafasan.

Berdasarkan rekod KKM, pesakit Covid-19 mempunyai peluang untuk pulih sekiranya mereka mendapatkan rawatan sepenuhnya.

“Strategi kita adalah untuk melindungi mereka yang mempunyai imuniti rendah seperti pesakit berusia dan mempunyai penyakit lain. Golongan ini harus dilindungi dan memastikan mereka duduk di rumah,” 

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan, Malaysia kini mencatatkan kadar kematian 1.1 peratus dengan lebih 98 peratus pesakit berjaya pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan meskipun memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Apa yang penting sebelum discaj, mereka dipastikan negatif untuk tempoh 24 jam. Ini memakan masa 10 hari sehingga dua minggu.

Sumber : Google

“Kita akan tetap memberikan penjagaan sehingga mereka mendapat ujian negatif sebanyak dua kali,” Katanya dalam sidang media harian terkini Covid-19 di Putrajaya pada Khamis.

Diharap, rakyat Malaysia dapat menjalankan tanggungjawab untuk membanteras penularan wabak Covid-19 ini dengan kadar segera.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, pada jam 8 malam di TV3.

 

Salma Syahbuddin