Categories: Trending

[VIDEO] “Syurga Buatmu, Surya” Momen Ibu Lihat Jenazah Surya Diusung Keluar Ternyata Undang Sebak

Kejadian tetak sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, 19, semalam dipercayai akibat perbuatan rakannya sendiri ternyata mendapat perhatian. 

Namun, bagi ibu Surya, Zaini Musa, 55, melihat mayat anaknya terbujur kaku selepas dibunuh dengan kejam di depan mata dan hanya mampu memandang jenazah Surya diusung keluar dari ruang tamu rumah untuk dibawa ke tanah perkuburan ternyata mengundang sebak bagi sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

Zaini tidak berdaya untuk bergerak dan hanya mampu memandang dari atas katil kerana menghidapi kanser otak tahap tiga.

Sumber : Harian Metro

Ayah sempat palingkan muka ibu lihat jenazah buat kali terakhir

Sebaik jenazah diusung keluar dari ruang tamu rumah kira-kira pukul 6.30 petang pada Isnin, ayah Surya, Ismail Muda, 58, sempat memberitahu apa yang berlaku kepada isterinya. 

Namun, tindakan Ismail memalingkan muka isterinya ke arah keranda yang menempatkan jenazah anak perempuan mereka ternyata mengundang sebak.

Malah, suasana penuh kepiluan itu menyebabkan Ismail dan beberapa anaknya serta mereka yang berada di ruang tamu tidak dapat menahan rasa sedih.

” Mengalir air mata tengok keadaan mak dengan ayah arwah…”

Rata-rata netizen turut berduka dengan kejadian yang berlaku dan mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan.  

Jenazah Siti Nur Surya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, pada Isnin, jam 8.15 malam. 

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Salma Syahbuddin