Categories: Trending

[Viral] Gara-Gara Beri Nombor Telefon Di Sosial Media, Ali Gatie Jadi Bahan ‘Troll’ Di Twitter

Macam tak percaya artis bagi nombor telefon di laman sosial, tetapi perkara itu betul-betul terjadi dekat selebriti Ali Gatie..

Sebelum ini nama penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat, Ali Gatie menjadi tular di laman sosial berikutan isu kontroversi melibatkan seorang Instafemes iaitu Sharifah Rose. Penyanyi yang baru berusia 22 tahun menjadi perhatian netizen apabila dilihat sengaja menyebelahi Sharifah Rose berikutan isu tidak bertudung. 

Terbaru, nama penyanyi itu sekali lagi menjadi trending di laman Twitter berikutan tindakannya memberikan nombor telefon Malaysia miliknya kepada para peminatnya di laman Twitter dan Instagramnya. 

Menerusi laman Twitternya, Ali memuat naik status demi perasaan cintanya terhadap Malaysia, dia sanggup memberi nombor telefon kepada peminat untuk menghubunginya.

Alamak! tidak kurang daripada 12 jam, beribu mesej dan missed call diterima

Kami tidak pasti sama ada  Ali sengaja atau tidak,  namun tidak kurang daripada 12 jam, Ali Gatie telah menerima ribuan mesej dan missed call daripada orang ramai, bukan sahaja dari Asia namun dari negara luar juga. Sehingga, Ali meminta peminatnya berhenti menghubunginya! (tak menang tangan lah tu)

UPDATE : 20 thousand missed calls 33 thousand texts from ASIA alone …. Umm I’ll get back to you .. soon? ?❤️? https://t.co/u4PSXjeiRG

— Ali Gatie (@aligatie) March 4, 2020

Tetapi apa yang paling menghiburkan adalah beberapa pesanan mesej yang dihantar kepadanya, siap masukkan Ali dalam group Whatsapp dan ajak makan cendol

 Netizen tidak tunggu lama dan memuat naik screenshot Whatsapp yang dihantar kepada penyanyi itu. Memang pecah perut kalau tengok!

Buat Ali Gatie, mungkin nanti patut tukar nombor telefon baru kot! 😉

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”