Categories: Trending

[VIRAL] Elak Jadi Mangsa Si Kaki Skodeng, Ini Cara Bagaimana Nak Kesan Spy Cam Lelaki Psiko Dalam Tandas Wanita

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan golongan lelaki psiko yang sanggup meletakkan kamera tersembunyi di tandas-tandas awam terutamanya tandas wanita semata-mata untuk tujuan melempiaskan nafsu, apa kata anda mengambil langkah berjaga-jaga selepas ini sebelum ‘terciduk’.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter @sueannajoe, beliau telah berkongsi beberapa buah tempat yang memiliki rakaman kamera tersembunyi dan bagaimana kamera tersebut disorok, jom kita lihat!

 

Ini cara kesan spy cam di dalam tandas

 

Selain itu, terdapat juga objek yang dijadikan sebagai tempat menyembunyikan ‘spy cam’ yang sering kita abaikan seperti, pewangi skru, plug, berus dan banyak lagi.

@sueannajoe juga sempat berkongsi ‘spy cam’ yang diletakkan di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Takutnya!

Diharap, perkongsian ini sedikit sebanyak membantu wanita diluar sana agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamaya ketika berada di tandas awam.
Salma Syahbuddin