Categories: Trending

[Viral] Lelaki Ini Guna Kereta Ferrari ‘Delivery’ Makanan, Curi Perhatian Pelanggan

Tempoh PKP dilanjutkan, ternyata mengundang kerisauan kepada peniaga apatah lagi dalam meraih pendapatan harian.

Justeru itu, seorang pemilik restoran mengambil pendekatan kreatif dengan menghantar makanan yang dipesan pelanggannya menggunakan kereta berjenama mewah, Ferrari F430 miliknya.

Sumber : Facebook

Menurut, Kenneth Tiong starategi ini diambil sebagai kaedah mempromosikan perniagaan beliau yang terletak di Kuching, Sarawak itu terutamanya semasa tempoh PKP.

” Saya mahu cuba, sebab ianya hard time untuk semua orang. So, saya mahu think something special untuk orang happy”

Pendekatan kreatif yang diambil Kenneth, nampaknya sedikit sebanyak menerima respon positif daripada pelangganya.

Sumber : Facebook

Malah, beliau mengakui turut menerima pelanggan baru yang semata-mata mahu melihat kereta miliknya itu.

Ketika ditanya mengenai status restoran berkenaan, Kenneth memberi jaminan, makanan yang disediakan adalah hidangan yang halal.

Ini kerana, tukang masak mereka berbangsa Melayu dan pelanggannya juga ramai dalam kalangan orang Melayu.

Salma Syahbuddin