“Saya Redha Dengan Pilihan Allah,”- Pelakon Ashraf Muslim Positif Covid-19

Selepas Puteri Aishah dan beberapa orang kru termasuk pengarah yang menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland bulan lalu disahkan positif COVID-19, kini seorang lagi pelakon iaitu Ashraf Muslim,39 turut mengesahkan dirinya positif wabak tersebut.

Perkara ini dikongsi oleh Ashraf menerusi entri Instagram miliknya hari ini. Pelakon ini juga turut memohon maaf kepada semua pihak kerana memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya.

“Tanggal 12 April lalu menjadi jawapan bagi saya mengenai keputusan ujian COVID-19. Ya, saya dijangkiti virus COVID-19. Sewaktu itu walaupun sebak mendapat tahu jawapannya, tetapi saya reda dengan pilihan Allah.

“Ada hikmah di sebaliknya. Datang ‘nervous’ dan macam-macam perasaan apabila masuk ambulans.

“Maafkan saya ahli keluarga, sahabat dan rakan,” luahnya.

Kredit foto: Berita Harian

Ashraf juga turut berterima kasih kepada doktor,jururawat dan petugas kesihatan yang  yang menjadi barisan hadapan negara dalam usaha menangani penularan wabak Covid- 19 ketika ini.

Sebelum ini Ashraf menjalani penggambaran drama 26 episod untuk RTM di Scotland sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Namun, pasukan produksi drama disertai 18 individu ke Scotland itu telah disahkan lapan orang daripadanya sebelum ini dijangkiti Covid -19.

Sama-sama kita doakan supaya mereka segera sembuh!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover