Categories: Trending

[VIRAL] Lelaki Lepaskan Tembakan Secara Rambang, Dua Kanak-Kanak Dilaporkan Cedera Parah

Adakah suspek mengalami masalah mental?

Terbaru, seorang lelaki yang tidak dikenali melepaskan tembakan secara rambang terhadap tiga individu termasuk seorang mangsa berusia 36 tahun  dan dua orang kanak-kanak, masing-masing berusia 10  tahun dan tiga tahun. Dalam kejadian yang bertempat di atas jambatan Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, Kota Kinabalu Sabah. 

Menurut siasatan awal, lelaki terbabit melepaskan tembakan dan mengenai ketiga-tiga mangsa terbabit. 

Mangsa cedera di lutut, perut dan belakang badan

Menurut Berita Harian, mangsa yang berusia 36 tahun mengalami cedera di lutut kanan, manakala kanak-kanak berusia 1o tahun dan tiga tahun masing-masing cedera di perut dan belakang badan. 

Ketiga-tiga mangsa kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth. Motif kejadian masih belum dipastikan dan usaha menjejaki suspek kini sedang dilakukan oleh pasukan polis. 

Untuk berita lanjut, layari Youtube TV3 MALAYSIAOFFICIAL.

Sumber: Berita Harian

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”