Pernah ke adik-adik tak comel?
Lagi sekali kita lihat gelagat comel anak kecil di media sosial. Baru-baru ni video adik “bergelek” jadi tular dekat media sosial, hari ini video adik sentap dipermainkan oleh abangnya pula jadi viral!
▲ [VIRAL] Tak Pernah Lagi Orang Tengok Anak Kena Denda Disuruh Gelek!
Hajat asal si abang hanyalah untuk menunjuk skill hand trick dia ala-ala ais krim Turki kepada adik-adik, tapi si abang tersentap apabila si adik menunjukkan reaksi yang tidak disangka!
Tengoklah video kat bawah ni!
Agak2 aku ada ciri2 nak jadi penjual ice cream turki tak?? #icecreamturki pic.twitter.com/ZFPKpBmYva
— syhr (@syahirawalaa) March 1, 2020
Terkejutkan?! Tak sangka si adik terlalu frust ditipu oleh abang sendiri sampai campak kon ais krim tersebut! Reaksi yang sangat tidak dijangka itu berjaya mencuit hati para netizens sebab bukan sahaja comel tapi sangat lucu!
Marah btul tu lempor cone ice cream HAHAHAHAH comel je dia koyak
— hana suka makan (@hanaaqistina) March 1, 2020
susah la dapat customer cepat koyak, dia campaknya cone tu ??
— el (@Elyshatasha) March 1, 2020
kau ingat aku hamak??! *campak kon*
— monochrome (@arfzlkfly) March 1, 2020
Tapi tak apa, sebab si abang jelaskan dalam bebenang Tweet tersebut bahawa dia pergi kutip kon ais krim yang terlempar dengan sedihnya di atas lantai itu dan memberinya yang baharu—kali ini datang bersama ais krim.
Untuk pengetahuan semua, lps aku kutip cone tu, aku terus bagi ice cream yg dah siap tu kt dia?? tapi lama jugaklah dia merajuk dgn aku??
— syhr (@syahirawalaa) March 1, 2020