Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2023 @ 5:40pm

“Ramai Yang Pernah Try Suami Saya” – Dikecam Akibat Isu Poligami, Ini Respons Sharifah Shahirah

Pelakon dan pelawak, Sharifah Shahirah memilih untuk bersikap neutral dalam isu berpoligami.

Namun ekoran tindakannya itu, ada pihak yang mengecam dan mendoakan dia menerima nasib yang sama.

Tidak melenting dan bersikap tenang, Shahirah menjelaskan tidak kisah dengan kecaman yang diberikan, memandangkan sebelum ini juga ramai yang cuba mendekati suaminya yang juga pelakon, Ijoy Azhari.

“Saya seorang yang suka tengok perangai masing-masing. Kadang-kadang saya sokong isteri pertama dan ada ketika saya suka dengan isteri kedua.

“Disebabkan itu, ada yang menyelar dan mendoakan saya menerima nasib sama. Sebenarnya ramai yang pernah cuba mendekati suami saya, tapi saya tidak pernah serang wanita itu,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro,  Shahira menegaskan naluri seorang isteri sangat kuat dan apapun yang berlaku dia lebih percaya kepada ketentuan Tuhan.

“Bayangkan kami pernah duduk bersebelahan sedangkan saya tahu dia pernah ‘try’ suami saya. Namun, saya memilih untuk pandang dia saja. Saya percaya kepada ketentuan Allah SWT. Kalau ditakdirkan dia bersama suami saya ketika itu, dia akan hadapi perasaan apa yang saya rasa.

“Alhamdulillah bila saya fikir begitu, Allah SWT kurniakan saya rezeki yang lebih besar. Kita tak perlu nak tunjuk kebahagiaan pada semua orang.
“Dan naluri isteri sangat kuat dan mudah mengenal pasti tingkah laku suaminya,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon siri komedi popular Mat Despatch ini mengaku, dia tidak pernah memandang serong terhadap wanita yang ditakdirkan terpaksa berkongsi kasih kerana dia juga mempunyai rakan-rakan yang tergolong dalam kategori tersebut.

Saya ada ramai kenalan yang bergelar isteri pertama, kedua dan ketiga. Itu hak mereka. Jadi kalau ada yang nak ‘menyondol’ ke apa, tidak perlu mengata orang .

“Kalaulah terjadi kepada saya, mungkin saya tidak rasa nak tarik rambut perempuan itu. Lebih baik tengok, tenung sambil cakap ‘kau siap’. Tapi tak pastilah apa yang berlaku dalam perjalanan hidup saya.

“Cuma saya mampu berdoa, tawakal dan berserah. Masing-masing kena kawal diri. Saya pun tak boleh nak cakap lebih kerana kita pun ada anak perempuan. Jadi kena beringat sajalah. Saya selalu ingatkan anak-anak,” ujarnya.

 

Shiera ditemui di sidang media Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Glasshouse, Seputeh, baru-baru ini.

Siri Jelajah Suria kembali menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan ‘80an, 90an, dan terkini!

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan membuka tirai pada hari Sabtu, 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, diikuti Zon Utara pada 19 Februari. Lokasi seterusnya di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang pada 25 Februari 2023 dan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac 2023.

Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Selain berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Aug 2022

Nabila Huda Dedah Terdapat Parut Pada Paru-Paru Akibat Covid-19

Beberapa minggu lalu, Nabila Huda telah membuat pendedahan bahawa dirinya mengalami pelupa dengan setiap perkara yang dilakukannya. Nabila atau lebih gemar disapa Abil, juga risau akan kerjaya seninya sekiranya masalah tersebut akan menjejaskan aktiviti lakonannya

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Juliana Evans Ada Buah Hati Baharu?

Tambah ibu kepada Tengku Kamiliah Zahariah Josephine Ehsan Shah ini, aksesori keluarannya dijual pada harga mampu milik.

Featured Sun, 29 May 2022
Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Keanu Reeves Makin Tua Makin Menjadi

Apakah agaknya plot The Matrix 4 ini? Hmmmmm

Trending Mon, 8 Jul 2019

Gara-gara Telefon Bimbit, Adik Sanggup Kelar Dan Sumbat Abang Kandung Dalam Beg Plastik

Dimanakah silapnya? Adakah silap datangnya dari ibu bapa atau, pengaruh sekeliling?

Featured Tue, 18 Oct 2022

[VIDEO] Akui Saling Bertukar Cerita, Da’i Syed Berjumpa Individu Dakwa Cicit Nabi Muhammad Curi Perhatian – “Sucinya Wajah Mereka”

Ramai cemburu Da’i Syed berkesempatan berjumpa dengan Mawla.. Agaknya apa yang mereka borak ya?

| Live TV