Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 29, 2024 @ 11:37am

Watak Omar Undang Kecaman, Zahiril Adzim Selamba Reka Plot Twist Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ – “Dia Dah Pakai Ace Card”

Pelakon Zahiril Adzim tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat lakonannya menerusi drama TV3, Aku Bukan Ustazah.

Menerusi drama arahan Idora Abdul Rahman itu, Zahiril telah memegang watak sebagai ‘Doktor Omar’ yang merupakan suami kepada Aminah lakonan Erysha Emyra.

Dalam drama tersebut, Omar kerap mengasari Aminah kerana sedar cintanya tidak dibalas sepenuhnya.

Malah, Omar juga telah berkahwin lain dengan Zahirah lakonan Husna Mustaffa sebulan selepas berkahwin dengan Aminah.

Geram dengan watak yang dijayakan oleh Zahiril, rata-rata penonton setia drama tersebut tampil memberikan pelbagai respons.

Namun, Zahiril dengan selamba mereka plot twist drama tersebut selepas memuat naik gelagat aktres Erysha bersama isterinya, Shera Ayob ketika berjumpa.

“Arghh dia dah pakai ace card pula. Aku gerak dulu geng,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur dengan perkongsian tersebut.

@zahiriladzim Arghh dia dah pakai ace card pulak. Aku gerak dulu geng. #AkuBukanUstazah @erysha emyra @Shera Aiyob ♬ Hening Rindu – Marsha Milan

Selain Zahiril dan Erysha, drama itu turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti MK K-Clique, Haneesya Hanee, Syaza Bae, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Orang ramai bole menonton drama Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam atau secara strim di aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Oct 2020
Featured Thu, 5 Feb 2026

“Ni Untuk Hentikan Fitnah Nurtizen” – Noor Nabila Jawab Spekulasi Jejaka Misteri Bukan Aliff Aziz 

Noor Nabila tampil menjelaskan spekulasi tular berkenaan jejaka misteri tersebut.

Trending Mon, 23 Apr 2018

Kate Middleton Selamat Lahirkan Anak Ketiga

“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.

Trending Fri, 27 Mar 2020
Featured Fri, 6 Aug 2021

“Akhirnya Ada Juga Drama Berfaedah..” -Penutup Drama Ayahanda Dipuji, Raih 4 Juta Tontonan

Drama Ayahanda yang mendapat perhatian ramai di media sosial telah pun melabuhkan tirainya pada hari Sabtu lalu dengan sebuah pengakhiran yang cukup mantap. Terbaru, drama yang sarat dengan emosi dan pengajaran itu berjaya mencatat 4 […]

Featured Thu, 10 Feb 2022
error: Content is protected !!