Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 10, 2022 @ 9:13am

Mira Filzah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki – “Alhamdulillah, Putera Kami & Ibunya Sihat Wal’afiat”

Pasangan sejoli kegemaran ramai, pelakon terkenal Mira Filzah, 29, dan arkitek, Wan Emir Astar, 32, selamat menimang cahaya mata lelaki sulung mereka yang dilahirkan pada jam 3:40 pagi Selasa, 10 Mei 2022.

Berita gembira itu dikongsikan oleh kedua-dua pasangan ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram mereka.

Menurut Emir, anak dan isterinya berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta Sekalian Alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW – isteri syurgaku Nur Amirah Filzah Badiozaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5, tahun 2022 pada jam 3.40 pagi.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga,” tulisnya.

Di samping itu, Emir sempat menitipkan doa kepada semua pengikutnya yang telah membaca hantaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamiin YRA,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai dalam kalangan selebriti yang turut tumpang gembira dengan meninggalkan komen dengan mengucap tahniah atas kurniaan putera sulung buat pasangan sejoli ini.

Untuk rekod, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Sime Darby Convention Centre.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Dec 2020
Featured Sun, 3 Apr 2022
Trending Wed, 29 Apr 2020

Pelajar Malaysia Di Jawa Timur Tidak Dibenarkan Pulang

Sama-sama kita doakan supaya semuanya terselamat daripada wabak ini.

Trending Wed, 1 Aug 2018
Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Dayang Nurfaizah Kagum Dengan Bakat Amir Masdi

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, 41, mendedahkan dirinya sudah lama kagum dengan bakat yang dimiliki oleh penyanyi Amir Masdi. Kini, Dayang dan Amir muncul dalam sebuah single duet balada moden yang berjudul Debu yang dicipta oleh […]

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Tiga Lagu Hael Ke AJL 33, Nabila Razali Janji ‘Turun Padang’

Sweet je tengok dua selebriti ni kan. Teman tapi mesra gituew…

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Intan Najuwa Bengang Dengan Netizen!

Jaga tepi kain sendiri dah lah ye!

error: Content is protected !!