Hiburan By: SGMS Faida September 2, 2019 @ 6:00pm

‘Ya Allah Bersihnya Muka Dia…’- Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Terindah Di Tanah Suci

“YA ALLAH.. ini hadiah 1 Muharram dari Allah. Terima kasih Allah. Kadang-kadang nikmat yang Allah nak bagi kat kita yang kita sendiri tak tahu bila, bagaimana dan apa. Dekatkan diri pada Allah sungguh-sungguh dan pasti nikmat akan kita kecapi walaupun nampak simple jer.. Syukur.. terima kasih Allah,” tulis pelakon Ashraf Muslim yang berkongsi pengalaman cukup istimewa di Tanah Suci Makkah.

Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim menceritakan dia berpeluang bertemu dengan Imam terkenal, Sheikh Mahir Al Maquely di Masjid Al-Haram, Makkah. 

“Assalamualaikum.. Ya Allah! Hari ni kejadian yang amat pelik tapi tidak mustahil. Malam tadi waktu tgh tidur AM terkejut dari tidur dan rasa nak pergi masjid sangat-sangat.

“Waktu jam menunjukkan 12.15pagi. Masih awal utk solat subuh iaitu pada jam 4.30pagi. Tapi hati nak sgt pergi dan bila sampai masjid, buat tahjud dan solat sunat pastu sambung tidur pula. Heheh sebab masa tu mata ngantuklah juga,” tulisnya.

Sambung Ashraf, dia terus meredah lautan manusia untuk mendapatkan ruang solat di depan Kaabah. 

“Dengan kuasa Allah dan mmg Allah nak tetapkan AM berada di tempat laluan imam untuk ke Kaabah. Dan apa yg menyentuh hati ialah Imam yang AM nantikan muncul di depan mata iaitu Sheikh Mahir Al Maquely.

“Memang AM minat sangat dengan Imam ni dari dulu lagi. Selalu dengar suara dia dalam hp dalam kereta mahupun di Masjidilharam tapi tak pernah ternampak. Pastu yang bestnya dapat tengok sekali lagi muka dia betul-betul lepas solat Subuh. Ya Allah bersihnya muka dia, dah lah baca surah quran yang tak pernah jemu untuk didengar,” ujarnya. 

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum.. Ya Allah! Hari ni kejadian yang amat pelik tapi tidak mustahil. Malam tadi waktu tgh tidur AM terkejut dr tidur dan rasa nak pergi masjid sangat-sangat. Waktu jam menunjukkan 12.15pagi. Masih awal utk solat subuh iaitu pada jam 4.30pagi. Tapi hati nak sgt pergi.. dan bila sampai masjid , buat tahjud dan solat sunat pastu sambung tdo pulak.. heheh.. sbb masa tu mata ngantuklah jugakkan. Dan bila azan yg pertama AM bangun dan kejutkan rakan sebilik yg ikut AM nih utk ambil wuduk dan standby solat subuh. Hati tergerak sekali lagi utk solat subuh di depan kaabah dan tanpa fikir apa-apa.. Terus lah meredah org ramai utk dapatkan saf didepan kaabah. Dengan kuasa Allah dan mmg Allah nk tetapkan AM berada ditempat laluan imam utk ke kaabah.. Dan apa yg menyentuh hati ialah Imam yg AM nanti2kan muncul didepan mata iaitu Sheikh Mahir Al Maquely .. mmg AM minat sangat dgn Imam ni dari dulu lagi. Selalu dgr suara dia dalam hp, dalam kereta mahupun di masjidilharam tapi tak pernah ternampak.. pastu yg best nya dapat tgk sekali lagi muka dia betul2 lepas solat Subuh.. ya Allah bersihnya muka dia.. dahlah baca surah quran yg tak pernah jemu utk didengar. YA ALLAH.. ini hadiah 1 Muharram dari Allah utk AM. Terima kasih Allah.. kadang2 nikmat yg Allah nak bagi kat kita yang kita sendiri tak tahu bila, bagaimana, dan apa.. So dekatkan diri pada Allah sungguh2 dan pasti nikamat akan kita kecapI walaupun nampak simple jer.. syukur.. terima kasih Allah.. . . . @maheralmaiqulaii #SubuhFighter #PerjalananHajiku #terimakasihAllah .. . . @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #salamsayangsampaikesyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Beruntung sungguh Ashraf…doakan kesejahteraan kami di sini ya! 

Selain Ashraf, antara artis lain yang menunaikan ibadah haji adalah Erra Fazira, Fizo Omar, Neelofa dan Datin Seri Umie Aida.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Featured Thu, 17 Mar 2022

Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Disaran Ambil Dos Penggalak – KJ

Suntikan booster perlu untuk mengurangkan simptom dan jangkitan Covid-19

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ziana Zain sudah ‘move on’!

Ziana memberitahu, dia  perlu  kuat dan meneruskan kehidupan yang telah direncanakan oleh Allah.

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ibu Sumber Inspirasi, Cef Sherson Buka Restoran Masakan India

Sejak kecik Sherson sudah terbiasa menikmati juadah bervariasi.

Hiburan Tue, 20 Feb 2024

‘Merindu’ Buah Tangan Madam Untuk Peminat

tahniah Madam untuk lagu baru