Hiburan By: SGMS Fas June 7, 2019 @ 11:02am

Ibu Sumber Inspirasi, Cef Sherson Buka Restoran Masakan India

Cef selebriti, Sherson Lian mengaku sudah terdedah kepada pelbagai jenis hidangan sejak usia lapan tahun lagi.

Kata pengacara Lima Rencah Lima Rasa ini, dia mendapat ilham menghasilkan menu kegemaran daripada pelbagai bangsa dari ibunya, Ann Lian.

“ Kalau nak tahu, sejak kecil saya sudah terbiasa menikmati juadah bervariasi. Misalnya untuk sarapan, ibu akan memasak makanan Melayu, tengahari pula menu makanan India dan makan malam pula masakan cina.

“ Kami bertukar-tukar menu setiap hari. Saya juga banyak menghabiskan masa berkualiti bersama ibu di dapur,” katanya kepada Xtra.

Sementara itu, Sherson mengaku hampir keseluruhan jenis makanan yang disediakan tidak dikategori sebagai makanan ‘asli’.

“ Kebiasaanya saya menambah baik daripada asal. Juadah itu saya ‘teroka’ untuk menambah kelazatannya.

“ Dalam usaha memberi sentuhan tersendiri dalam makanan itu, banyak hal yang saya pelajari. Tiada istilah ulang benda yang sama setiap hari dalam masakan, harus belajar untuk menambah baik setiap masa,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sherson kini sibuk mengusahakan sebuah restoran yang beroperasi di ibu kota.

“ Saya kini sibuk di restoran ‘Mhakan’ yang baru sahaja beroperasi di Petaling Jaya. Restoran saya menyajikan makanan India dan barat.

“ Jika semua berjalan baik, saya merancang untuk membuka cawangan di Kuching dan sebuah lagi di kawasan Kuala Lumpur,” katanya yang pernah menguruskan Restoran Hello by Kitchen Mafia di Petaling Jaya, sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Oct 2021
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Fans Spotted Something Wrong with BTS’ V and They’re Worried AF

Especially since this is happening just before their world tour.

Hiburan Sun, 14 Apr 2019