Hiburan By: Khairil Khusyairi December 12, 2023 @ 1:55pm

#SFMM38: “Produksi Beri Kebenaran Tukar Penyanyi Atas Beberapa Faktor” – Penerbit

Penerbit Esekutif Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38), Muhamad Sufian Che Isa memaklumkan pihak produksi membenarkan mana-mana komposer dan syarikat rakaman untuk menukar penyanyi atas beberapa faktor.

Dalam persaingan yang bakal berlangsung pada 15, 16 dan 17 Disember 2023, beberapa penyanyi asal tidak akan menyampaikan lagu mereka di pentas SFMM38 seperti Ernie Zakri dan Black Hanifah.

“Kita mempertandingkan lagu tetapi penyanyi juga penting. Tetapi ada penyanyi asal disebabkan beberapa isu dan faktor seperti Black yang mempunyai masalah kotak suara. Kami bersetuju untuk tukar penyanyi,” kata Sufian.

Sufian ditemui usai sidang media pengumuman SFMM38 yang berlangsung Ahad lalu.

Memberikan kebenaran kepada syarikat rakaman yang mempunyai alasan kukuh untuk menukar penyanyi, Sufian juga memberitahu apa sahaja boleh berlaku ketika sesi latihan kelak.

“Kalau ikut pada pihak produksi, kami seboleh-bolehnya mahu penyanyi asal. Penonton juga faham keadaan itu tetapi sebab faktor yang tak dapat dielakkan, kami benarkan atas alasan yang kukuh, kami benarkan komposer dan syarikat rakaman untuk menukar penyanyi.

“Asalkan penyanyi tersebut dapat membawa sesebuah lagu itu dengan baik. Namun apa juga boleh berlaku ketika sesi ‘soundcheck’,” jelas Sufian kepada pemberita.

Terdahulu, peminat meluahkan rasa kecewa susulan penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri tidak akan menyanyikan lagu Astana di pentas SFMM38.

ARTIKEL BERKAITAN: #SFMM38: Kecewa Ernie Zakri Tak Nyanyi Lagu ‘Astana’, Peminat Desak Bekas Syarikat Rakaman Beri Kenyataan Jelas – “Penat Undi Tapi Orang Lain Yang Nyanyi”

ARTIKEL BERKAITAN: #SFMM38: M Nasir & Ziana Zain Bakal Rebut Tempat Ke Pentas AJL, Beri Saingan Pada Komposer & Penyanyi Lain

SFMM38 menyaksikan 30 karya lagu bakal merebut 12 tempat ke AJL 38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fizza Frizzy akan bersiaran secara langsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 1 Jan 2022

Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel Lolos Dengan 2 Lagu – Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL36

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 melabuhkan tirai sebentar tadi. Persaingan 30 lagu di SFMM36 merebut 12 tempat ke […]

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Sherry Ibrahim Akui Bukan Lagi Duta Produk Kecantikan…

Sherry menafikan wujud sebarang masalah hingga beliau terpaksa berbuat sedemikian

Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Stesen TV Tak Beri Bayaran Cecah Puluhan Ribu, Pendakwah Bebas Terkenal ‘Mati Akal’

Adoi, kerja dah buat tapi bayaran belum dapat.. Cecah sampai puluhan ribu tu 😰😰

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Pelawak Popular Indonesia Sule Bakal Kahwin Lagi?

Selamat pengantin baru Pak Sule!

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Siapa ‘Seth’ Di Hati Shila Amzah?

Kehadiran Seth mewarnai hidup Shila

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Che Ta Mengaku Seronok Bila Dapat Melaram

Kami memang suka melawa, qasa seqonok, qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih, tak qasa bersusah payah pun…