Hiburan By: Fatin Nurain February 20, 2024 @ 6:01pm

‘Merindu’ Buah Tangan Madam Untuk Peminat

Kumpulan Rock Madam kembali dengan single terbaharu mereka yang berjudul, Merindu.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh kumpulan yang dianggotai oleh Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (gitaris) turut diterbitkan oleh label hiburan paling sensasi, Rocketfuel Entertainment.

“Idea disebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Mac tahun lepas lagi, namun disebabkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, hasrat tersebut terhenti, dan disambung semula pada penghujung 2023,” kata Putera.

Single ini berkisarkan tentang merindui kehadiran orang tersayang, merindukan sentuhan, suara, merindui seseorang yang jauh di mata namun dekat di hati, gambaran rindu yang amat berat lagi mendalam.

“Kami mengambil masa selama 3 minggu untuk menghasilkan single Merindu ini, ia termasuk proses penulisan, adu campur muzik sehingga menjadi sebuah karya yang sempurna.

“Lagu Merindu masih mengekalkan irama rock namun ada elemen pop yang lebih moden, supaya lebih mudah mudah diterima oleh pendengar setelah lebih dari setahun kami tidak hadir dengan single baharu,” jelasnya.

Dalam pada itu, selaku Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Anand berkata, lagu Merindu ini menampilkan sisi kumpulan Madam yang berbeza dan berharap mendapat tempat di hati peminat.

“Kami gembira dengan single terbaharu dari Madam dan berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat.

“Buat pendengar yang menantikan karya terbaharu daripada Madam, lagu ini adalah untuk anda. Lagu baru ini benar benar menampilkan sisi Madam yang berbeza,” katanya.

Selain itu, Madam juga turut melancarkan video muzik untuk single terbaharu mereka itu dengan jalan cerita yang tidak terlalu berat, cukup sekadar menunjukkan perasaan seseorang apabila merindu kekasihnya, pasti terkenang memori indah bersama.

“Kami berharap agar pendengar dapat mengenali band Madam dengan lebih lagi kerana lagu ini merupakan ciptaan kami yang kedua setelah single Nona lebih setahun lalu.

“Terima kasih buat semua peminat yang terus menyokong dan menanti karya terbaharu kami, semoga Madam kekal di dalam industri muzik sehingga hujung nafas kami,” kata Fadhil.

Lagu Merindu boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

坚守岗位12年!Jym庄靖毅告别电台往梦想出发

Jym庄靖毅在电台值班长达12年后,决定踏出自己的舒适圈,宣布即将告别DJ生涯,将于10月25日进行最后一次当班。

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Jonghyun’s Song ‘Moon’ Will be Sent to the Moon!

What a way to commemorate the late singer.

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Wed, 4 Jan 2023

“Jangan Cepat Catch Feelings” – Nasihat Azfar Heri Buka Mata Ramai Jadi Lebih Matang

Umum mengetahui, pempengaruh media sosial Azfar Heri sering memuat naik video menarik untuk tontonan warganet di YouTube. Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsiannya di TikTok apabila dia memberi sedikit nasihat dan motivasi kepada pengikut yang […]

Trending Fri, 31 Jan 2020

[VIRAL] Kes Kemaluan Bau Ikan Masin, Pelakon Ini Alami Tekanan Melampau

Semoga yang baik-baik sahaja buat Fairuz dan suami.