Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Fatin Nurain January 25, 2023 @ 10:17am

Hilang Rasa Teruja Untuk Lancar Album Terbaharu, Peminat & Rakan Artis Ingin Sissy Imann Terus Kuat

Penyanyi dan pengacara Sissy Imann tampil meluahkan rasa kurang teruja untuk melancarkan album terbaharunya pada bulan hadapan, semalam.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Sissy sendiri  di Instagramnya gara-gara kecewa ketika dimarahi penyanyi dangdut Mas Idayu sewaktu program Famili Duo berlangsung pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Gagal Tahan Tangisan Selepas Dengar Komen Mas Idayu, Sissy Imann Sebak Sampai Hilang Kata-Kata

Dalam perkongsian tersebut, Sissy menyatakan dia akan menjual albumnya yang telah dirakamkan di studio terkemuka Abbey Road tahun lalu dengan harga yang murah dari yang dirancangkan.

“2/2/2023 adalah hari yang sepatutnya sissy release my official merchandise untuk album yang sissy rakamkan tahun lepas di Abbey Road. Physical CD dah settle print, kita tengah print mug, tshirt dan beberapa merch yang lain.

“Kita siap plan nak kumpul rakan-rakan media & kawan-kawan rapat to do a press conference to share album yang sissy usahakan with love ini. Tuhan sahaja yang tahu betapa excited i am for it tapi excitement itu mungkin dah lenyap sekarang ini.

“Pagi tadi bangun, bila nampak CD ni sissy rasa tak boleh tengok. Asalnya sissy nak jual RM 50. Itu pun tak pulang modal apa pun, apatah lagi nak untung.

“Album ni memang telan banyak sangat cost dan semua sissy tanggung sendiri atas duit cari makan selama hampir 10 tahun merangkak dalam industri. Tapi i think i can’t even look at it tanpa rasa sedih jadi im letting this album go as donation saja,” tulisnya.

Menurut Sissy, dia akan menjual albumnya itu dengan harga jualan amal bagi menampung kos percetakan dan penghantaran.

“Donation starts at RM 20. Sissy minta maaf sebab kena letak amount untuk sissy cover sebahagian cost printing & postage saja. If korang berminat click link di bio sissy ya. Terima kasih, may Allah bless all of you,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tampil memberi kata-kata semangat kepada penyanyi itu dan berharap dia terus bangkit.

Dalam persaingan minggu keenam, Sissy menerima kritikan hebat daripada juri, Mas Idayu malah tidak dapat menahan kecewa sehingga mengalirkan air mata.

Minggu tersebut menyaksikan Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong dan meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Peduli Dengan Kata-kata Mereka” – Mas Idayu Mohon Orang Luar Jangan Masuk Campur Hal Penjurian

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Anak Menangis Lepas Dengar Komen Mas Idayu, Ini Respons Bapa Sissy Imann

ARTIKEL BERKAITAN: “I Ended Up Hurting So Many People By Singing Terribly” – Menangis Lepas Dengar Komen Mas Idayu, Sissy Imann Mohon Maaf

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Fiza Thomas Takut Kongsi Pentas Dengan Nabila Huda?

Fiza juga mengaku seorang yang ‘gila pentas’. Pantang nampak pentas, mood terus in character!

Featured Mon, 11 Nov 2024

Along Kamaludin Minta Rakan Artis Henti Kecam Fazura – “Yang Kutuk Tu Menyanyi Sampai Indonesia Tak?”

Along berkata, mungkin terdapat masalah teknikal ketika perkara itu berlaku.

Trending Thu, 1 Aug 2019

懒男福音!日本超狂商品「伪胸肌垫」穿上身秒变天菜

天下没有白吃的午餐,健壮的肌肉往往都要经过许多的苦练才能练成,不过最近日本却出现了一样神奇发明,堪称是造福广大男性的福音啊

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting habis ayah Yuna, cayalah!

Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan menghadiahkan 2 buah lagu untuk anak beliau sewaktu majlis persandingan

Trending Thu, 7 Jul 2022

Terkena Jangkitan Paru-Paru, Hampir Sebulan Bayi Perempuan Sheera Iskandar Dirawat Di Hospital

Bayi perempuan Sheera Iskandar dimasukkan ke hospital hampir sebulan akibat jangkitan kuman paru-paru.

Featured Sun, 24 Apr 2022
Trending Fri, 18 Mar 2022

Ini 7 Sebab Kenapa Kami Suka Corvan 2-in-1 Vacuum & Mop K18, Sangat Memudahkan Urusan Harian!

Bila sebut tentang vakum tanpa wayar atau cordless vacuum mesti ramai yang dah tahu seberapa bagus dan bagaimana ia boleh memudahkan kerja-kerja mengemas. Tak payah dah nak tarik wayar panjang-panjang dengan bunyi bising sampai menggangu keselesaan orang […]

Trending Tue, 24 Apr 2018

15张「不需要PS」视觉就非常震撼的精彩照片

自然和人类都是伟大的艺术家,当他们联手,可以产生惊人的杰作;捕捉难能可贵的一瞬间、最棒的时机、最棒的构图画面是一名成功摄影师厉害的地方。

error: Content is protected !!