Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Khairil Khusyairi January 25, 2023 @ 9:33am

“Saya Tak Peduli Dengan Kata-kata Mereka” – Mas Idayu Mohon Orang Luar Jangan Masuk Campur Hal Penjurian

Juri profesional program Famili Duo TV3, Mas Idayu menyelar tindakan beberapa selebriti yang mengkritik penjuriannya baru-baru ini.

Memetik laporan mStar, Mas Idayu atau lebih mesra disapa Mummy itu memberitahu dia tidak peduli dengan kritikan yang diterimanya dan berharap orang tidak campur tangan dalam penjurian.

“Siapa yang berkokok tu? Mereka memang tak kenal Mummy ke selama 38 tahun dalam industri dan 16 tahun kerja sebagai juri? kenapa baru sekarang mereka nak berkokok?

“Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon, jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.

“Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka. Itu mungkin tanggapan mereka sahaja kerana saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi,” katanya.

Tambah pelantun Selangit ini, dia menjelaskan tidak menerima sebarang amaran oleh pihak produksi ketika menandatangani kontrak program tersebut.

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan sebelum menandatangani kontrak pun, pihak produksi tidak memberi sebarang syarat cakap jangan terlalu marah, jangan terlalu kasar.

“Dalam mana-mana program stesen TV pun saya tidak pernah diberi amaran. Ini bermakna mereka suka dengan karakter saya. Betul tak? Bila kita tidak ditegur maksudnya karakter itu memang diperlukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mas juga mengakui Sissy dan Naim mempunyai bakat yang besar dalam nyanyian. Malah, berharap mereka akan terus memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan.

“Kepada Sissy dan Naim, awak kenal Mummy, kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar.

“Cuma silapnya pada minggu tersebut mereka membuat persembahan di luar kemampuan mereka. Peserta lain patut cemburu kerana saya marah Sissy dan Naim bermakna saya peduli tentang mereka,” jelasnya.

Dalam persaingan minggu keenam, Sissy dan Naim menerima kritikan hebat daripada juri malah Sissy tidak dapat menahan kecewa sehingga mengalirkan air mata.

Minggu tersebut menyaksikan Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong dan meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Ain Edruce Dah Bertunang?

Baru-baru ini, gambar selebriti tinggi lampai dalam busana perkahwinan mula viral di laman sosial.

Featured Tue, 7 Nov 2023

Tampil Anggun Bertudung Labuh, Nadia Brian Syukur Terima Komen Positif Peminat – “Saya Memang Ke Arah Itu”

Pelakon Nadia Brian bersyukur dan terkejut apabila menerima banyak komen positif dalam kalangan netizen yang memuji penampilannya bertudung labuh. Menurut Nadia atau nama penuhnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32,  walaupun dia belum mengambil keputusan untuk […]

Trending Wed, 22 Apr 2020
Trending Sat, 10 Jul 2021

Mencari Erti Cinta Abadi, Tak Mahu Dikongkong… Sissy Imann Kini Tampil Bebas!

Sissy Imann kini tampil ‘Bebas’! Itulah tajuk lagu terbaharu beliau yang kini telah pun berada di pasaran sejak 11 Jun 2021 yang lalu. Lagu Bebas ciptaan trio Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King ini […]

Hiburan Mon, 18 May 2026

Dari Pembantu Jurusolek Ke Pelakon, Imranul Effendy Bintangi Filem Arahan Pierre Andre – “Saya Minat Bidang Ini, Jadi Timba Pengalaman Sebagai Krew Terlebih Dahulu”

Imranul Effendy kini melebarkan langkah dalam dunia seni lakonan apabila tampil menerusi filem pertamanya, Nar’sata Sekutu Setan arahan Pierre Andre.

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Hafreez Adam Dah Bersedia Jadi Suami

Semoga urusan Hafreez dan Zara Zya dipermudahkan. Insya Allah…

error: Content is protected !!