Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 7, 2018 @ 10:40am

Hafreez Adam Dah Bersedia Jadi Suami

Pelakon Hafreez Adam mengaku sudah bersedia bergelar suami kepada kekasihnya, pelakon Zara Zya.

Namun begitu, Hafreez masih mencari masa sesuai untuk kedua belah keluarga bertemu dan berbincang.

“ Kalau nak ikutkan, kami nak terus bernikah. Tapi emak saya lebih selesa mengikut adat.

“ Saya dah berjumpa keluarga Zara dan mereka beritahu jika dah sedia, hantarlah rombongan meminang. Kami sedang cari tarikh dan waktu yang sesuai,” katanya kepada BH Online.

Pasangan selebriti menjadi sebutan beberapa hari ini selepas foto yang dimuatnaik oleh Zara  memperlihatkan dia menerima cincin daripada kekasihnya itu.

Foto itu mencetuskan spekulasi di mana Hafreez sudah melamar Zara namun sebenarnya tidak. Cincin itu adalah hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 22 Oktober lalu.

Hafreez memberitahu, dia dan Zara tidak akan menyorok perkara yang benar .

“ Jika betul kami bertunang, sudah pasti perkara ini kami akan maklumkan kepada semua. Setakat ini, belum ada lagi perbincangan rasmi antara keluarga kami.

“Sama seperti pasangan bercinta lain, saya juga mengharapkan hubungan kami berakhir dengan ikatan perkahwinan,” katanya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 May 2026

Alif Satar Puji Hun Haqeem Hadir Ride #SubuhMacamJumaat – “Handsome Boy, Ini Baru Idola Gen Z”

Aliff Satar memuji pelakon, Hun Haqeem baru-baru ini apabila hadir bersama-sama menyertai konvoi motosikal, ‘Ride Subuh Macam Jumaat’.

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Featured Fri, 10 Sep 2021

Transformasi TV9 Dengan Wajah Baru, #JanjiHappy Bakal Curi Perhatian Penonton

Saluran televisyen, TV9 tampil melakukan transformasi berwajah baru semalam. Menerusi slogan #JanjiHappy, stesen televisyen (TV) milik Media Prima Berhad (MPB) itu kini menjadi saluran hiburan yang menyasarkan penonton segenap lapisan umur bermula dari kanak-kanak hinggalah […]

error: Content is protected !!