Categories: Trending

[Viral] “Tiada Objek Tajam Dan Tiada Unsur Bunuh Diri”- Netizen Pertahan Persembahan AJL “Berdarah” Aina Abdul

Anugerah Juara Lagu ke 34 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam berdepan dengan pelbagai kontroversi namun isu utama yang mengundang kritikan daripada ramai pihak adalah isu persembahan salah seorang finalis AJL ke-34 iaitu Aina Abdul. 

Konsep persembahan Aina Abdul dikatakan mengundang individu untuk bunuh diri

Tidak ada angin mahupun ribut, konsep persembahan Aina Abdul pada malam semalam menerima kritikan hebat. Menerusi suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Public Health Malaysia, persembahan Aina Abdul dikatakan mengalakkan sesetengah individu yang mempunyai masalah mental untuk membunuh diri. Dalam pada itu, Public Health Malaysia turut mengalakkan orang ramai untuk melaporkan hal tersebut kepada CMCF. 

“Tiada lakonan yang menggalakkan unsur bunuh diri, itu adalah ekspresi seni dan simbolik kepada jiwa dan hati yang terluka sesuai dengan lagu”- Aina Abdul

Menerusi laman Instagramnya, Aina Abdul telah mengemukakan satu kenyataan rasmi untuk menjelaskan isu ini. Menurut Aina, sebagai seorang wanita muslim, beliau masih tahu akan pahala dan dosa dan tidak sedikit pun terlintas untuk melakukan konsep tersebut. Aina turut menjelaskan bahawa persembahan beliau merupakan ekspresi seni dan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah. 

“Orang yang bersikap negatif akan percaya isu “- Netizen 

Biarpun menerima kritikan negatif daripada individu tertentu namun persembahan Aina Abdul masih dilihat sebagai “juara” di hati para penonton. Mereka bijak menilai dan ternyata tidak mudah terpalit dengan unsur negatif dan kontroversi yang melanda penyanyi itu. 

“Kenyataan sesetengah pihak berbaur fitnah dan pengunaan ayat bahasa yang keterlaluan sengaja menimbulkan provokasi”

Dalam pada itu, beberapa pihak turut membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Public Health Malaysia yang dikatakan bersifat keterlaluan sedangkan tiada peralatan yang digunakan atau lakonan yang menggambarkan situasi bunuh diri? Persoalannya, mengapa pengunaan ayat dan bahasa yang digunakan oleh individu tertentu berbaur fitnah dan  seakan-akan sengaja menimbulkan provokasi dan kontroversi terhadap penyanyi itu? 

Sumber: Instagram Aina Abdul

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”