Categories: Trending

“Virus Covid-19 Dah Masuk Ke Dalam Darah…” Ashraf Muslim Kini Alami Otot Bahu Mengecut

Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim kini berdepan masalah pada bahagian ototnya kesan daripada jangkitan Covid-19 yang dialaminya pada April tahun lalu.

Menurut Ashraf, menerusi hantaran di laman instagram miliknya bahawa beliau kini sedang menjalani rawatan selepas mengalami masalah otot yang dipanggil acromioclavicular pada bahagian bahu dan siku.

“Ini semuanya kesan covid-19.. sebelum ini kena scapula, lepas baik scapula kena pula AC joint shoulder…”

“Ada dua sebab benda ni terjadi, pertama hentakan yang kuat atau pun disebabkan virus.. kesannya otot kawasan itu mengecut”katanya.

“Virus Covid-19 dah masuk ke dalam darah sehingga otot menjadi kecut dan sakit…”

 

Menurut Ashraf, 40, masalah kesakitan pada otot bahu yang dialaminya itu merupakan kesan sampingan dan masalah utama yang dialaminya ini terjadi adalah disebabkan otot menjadi kecut selepas terkena jangkitan virus sehingga menyebabkan sendi menjadi terbuka.

Malah, virus Covid-19 telah masuk ke dalam darah dan bertindak balas sehingga menyebabkan otot bahunya mengecut dan terasa sakit.

“Yang saya perasaan, saya seorang yang orang yang kuat bersukan dan banyak terlibat dengan pelbagai jenis sukan macam  rugby, hoki, basketball dan injured tu biasalah.. tapi bila dah tua ni, mungkin ada bahagian dekat tubuh badan kita pernah injured jadi,  virus ni senang buat ‘kerja’….”

Bagaimanapun, Ashraf redha dengan masalah yang dihadapinya ini kerana beliau percaya itu satu peringatan buatnya agar sentiasa mengingati Tuhan.

Terdahulu, Ashraf disahkan positif Covid-19 selepas menjalani penggambaran di luar negara bersama-sama pelakon Hasnul Rahmat dan Puteri Aishah.

 

Salma Syahbuddin