Categories: Trending

Vokal Mania: Aisha Retno Terkejut Berjaya Tewaskan Tomok

Minggu lalu, rancangan realiti Vokal Mania menyaksikan rookie, Aisha Retno berjaya memenangi anugerah “The Rookie Star Award” sekaligus berjaya mengalahkan idol, Tomok ketika berentap di pentas battle.

Membawakan lagu Getaran Jiwa dalam rendisi swing jazz, pengalaman tersebut menjadi antara momen yang tidak boleh dilupakan Aisha.

Saya Tak Tahu Nak Kena Battle Dengan Tomok!

Dalam pada itu, Aisha turut mengakui sedikit terkejut apabila mengetahui bakal digandingkan dengan Tomok di malam pertandingan.

Ketika dihubungi Xtra, Aisha mengakui tidak pernah terfikir dirinya berjaya menewaskan Tomok.

“Memang Aisha tak berharap untuk memenangi battle tersebut, apa yang Aisha tahu hanya untuk buat persembahan terbaik. This is my style singing” ujarnya.

Malah, Aisha turut memuji kredibiliti Tomok sebagai penyanyi profesional yang bersikap ‘supportive’ kepada rookie.

Jangan lupa untuk menonton Vokal Mania pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam hanya di TV3.

Kalau korang nak tonton video nyanyian Aisha, jangan lupa tonton kat bawah :

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”