Categories: Trending

Lebih 10,000 Pegawai & Anggota Polis Dikuarantin, Manakala Positif Covid-19 Pula Sebanyak…

Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, lebih 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin manakala sekurang-kurangnya 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif jangkitan Covid-19.

Jangkitan yang tinggi dikalangan pegawai dan anggota polis ini sekaligus membantutkan keupayaan dan kekuatan menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Golongan paling berpotensi terkena jangkitan

Sumber : Google

Pasukan barisan hadapan adalah mereka yang berpotensi besar terdedah dengan jangkitan wabak Covid-19 kerana mereka adalah golongan yang paling hampir dengan individu yang terkena jangkitan.

” Walaupun mereka (polis) memakai pelitup muka, penugasan anggota polis memerlukan mereka berkomunikasi secara dekat dengan rakyat. Penjarakan sosial tidak dapat diaplikasikan dengan sempurna dalam menentukan keselamatan dan keamanan negara,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dan bersama-sama melawan wabak ini seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sumber : Harian Metro, BH Online

Salma Syahbuddin