Categories: Trending

Saya Mahu ‘Bebas’- Khabib Ingin Mulakan Hidup Baru Selepas Bersara

Bintang lightweight MMA, Khabib Nurmagomedov mengejutkan dunia apabila mengumumkan persaraannya secara tiba tiba selepas menewaskan lawannya, Justin Gaetje. 

Persaraan beliau daripada sukan bela diri campuran (MMA) itu dengan rekod 29-0 kerana menunaikan janji kepada ibunya yang dia tidak akan bertarung tanpa bapanya di tepi gelanggang.

Saya Mahu Kejar Akhirat- Khabib

Menerusi video temubual  yang tular di media sosial, Khabib mengakui bahawa beliau ingin “bebas” dan tidak ingin meletakkan sebarang gol dalam kerjayanya. 

“Saya mahu bebas. Saya mahu meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan, masyarakat, orang kampung dan sebagainya.”

“Segalanya akan tamat satu hari nanti. Semua orang akan masuk ke kubur nanti,” katanya dalam video berdurasi 2.13 tersebut.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”