Categories: Trending

Vokal Mania: Danial Chuer, Aisha Retno, Eranzz Lambert & Alif Kadim Layak Ke Final

Empat rookie yang berjaya melangkah ke pentas akhir Vokal Mania diumumkan malam tadi dalam episod Road to Finale yang diacarakan oleh Azira Shafinaz.

Danial Chuer, Aisha Retno, Eranzz Lambert dan Alif Kadim bakal bersaing untuk merebut gelaran juara untuk rookie Vokal Mania.

Selain itu, mereka juga akan berentap dengan idol, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo di pusingan battle.

Pada episod akhir Vokal Mania, seorang idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan seorang rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, satu rakaman lagu dan sebuah muzik video.

Siapa yang bakal bergelar juara rookie dan juara idol untuk program Vokal Mania? Sama-sama nantikan jawapannya pada Sabtu, 26 Disember 2020, jam 9 malam ini di TV3!

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.

Layari www.xtra.com.my serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Padin