Categories: Trending

Vokal Mania: Persembahan Tular Di Twitter, Didakwa Macam Kena Rasuk – Ini Respon Nuha Bahrin

Persembahan pemenang Rookie Star Award di minggu kedua Vokal Mania malam tadi, Nuha Bahrin mendapat perhatian ramai.

Nuha yang menyampaikan lagu Kekasih Awal dan Akhir dan lagu Di Matamu di pusingan battle bersama Tomok berjaya menewaskan tiga rookie lain berdasarkan penilaian 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.

Menerusi pemerhatian di media sosial, khususnya di laman Twitter, peminat memberikan kritikan terhadap persembahan Nuha.

TIdak menafikan kritikan terhadap persembahannya malam tadi, Nuha menerima segala pandangan dengan berlapang dada.

Nuha akui gemuruh!

Nuha mengakui gementar beraksi di pentas Vokal Mania dan bakal memperbaikinya di masa akan datang.

Jadi, jangan lupa undi peserta kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania minggu hadapan, setiap Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

Padin