Trending By: Padin May 20, 2021 @ 6:37pm

Walau Tak Dapat Pulang Ke Kampung, Fattah Amin Teruja Sambut Raya Dengan Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan meskipun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan tahun ini.

Menurut suami kepada aktres Nur Fazura ini, dia dan isteri bersemangat meraikan Syawal buat kali pertama dengan kehadiran puteri tersayang, Nur Fatima Aisya.

“Biarpun saya bersama isteri dah anak tidak mendapat kesempatan untuk meraikan Aidilfitri di kampung halaman serta berhimpun bersama keluarga, sambutan hari kemenangan ini tetap disambut dengan penuh kesyukuran.

“Sejujurnya, kami teruja untuk menyambut raya bersama Fatima. Kehadiran Fatima menceriakan lagi sambutan Aidilfitri kami tahun ini walaupun tidak dapat kemana-mana.

“Fatima turut mendapat duit raya walaupun aktiviti ziarah tidak dibenarkan. Ahli keluarga dan saudara-mara mengirimkan duit raya secara atas talian,” katanya.

Tambah Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 31, persiapan Syawal mereka sekeluarga dilakukan secara sederhana.

“Apabila mengenangkan ini sambutan Syawal pertama bersama Fatima, kami membuat persiapan serba sederhana untuk membangkitkan suasana Hari Raya.

“Sedih tak dapat menyambut Aidilfitri di kampung, tetapi ada hikmahnya. Saya sendiri berharap orang ramai terus mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang jangkitan wabak Covid-19.

“Jika kita semua dapat bekerjasama dan bersatu hati, Insya-Allah kita akan dapat menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung tahun hadapan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Trending Wed, 24 Jan 2018

阿伯鼻插氧气管硬要抽烟「一秒变包公」

来自中国武汉市58岁的陈大伯是一名烟不离手的“老烟枪”,1月初突然感到呼吸困难,被送到武汉市肺科医院进行住院治疗。日前这位大伯还是改不掉这个习惯,趁病房无人偷吸烟,结果引燃氧气管,烧伤了面部。

Trending Wed, 27 Jan 2021

Bayaran BPN 2.0 Ambil Masa Seminggu Untuk Dikreditkan – MOF

Mohon bersabar demi kebijakan rakyat bersama ❤️

Trending Sat, 12 Jan 2019

择定开工吉日!也要懂得开工开运秘笈~

当我们确定了开工的吉日后,那么在开工当天又应该要做好什么准备呢?

Trending Tue, 23 Jan 2018

马来西亚农历新年「6大专属文化」

“换上新春联,迎接最旺的一年,都是wonderful moment……”有没有觉得无论都走到哪个角落,似乎都可以听到新年歌,那代表农历新年即将来临咯!除了听新年歌和拜年之外,到底马来西亚农历新年还有哪些专属「文化」呢?

Featured Wed, 4 Jan 2023

Syafiqah Aina Hadiahkan Hafiz Mahamad Ferrari, Mahu Kereta Beri Manfaat Kepada Orang Ramai – “New Year & This Is For You!”

Pada permulaan tahun baru, usahawan kecantikan dan pempengaruh, Syafiqah Aina menghadiahkan suami tercintanya, Hafiz Mahamad sebuah kereta Ferrari berwarna merah. Menerusi perkongsian tersebut, Aina menyerahkan kunci serta merakam reaksi suaminya ketika mendapat kejutan dan hadiah

| Live TV