Trending By: Ad Ops November 9, 2018 @ 11:00am

Wanita Ini Kongsikan Video Seorang ‘Flasher’ Yang Mengganggunya Di Starbucks KLCC, Jijik Sungguh!

Ish, ini boleh menyebabkan trauma! 

Seorang pengguna Facebook baru-baru ini telah kongsikan pengalamannya dengan seorang ‘flasher’ lelaki (seseorang yang mendedahkan kemaluannya di khalayak ramai).

Tempat di mana ia berlaku bukannya di lorong gelap atau di tempat yang terselindung, tetapi betul-betul di luar Starbucks Reserve di hotel Four Seasons KLCC! Gila ke apa? Tempat itu dahlah eksklusif. Tergamak betul!

Netizen Malaysia ini sedang lepak dengan tiga rakan-rakan wanitanya pada 5 November lalu, pada pukul 10.30 malam. Mereka sedang duduk di tepi tingkap kafe itu dan menikmati kopi mereka. Tiba-tiba mereka nampak seseorang lelaki yang sedang berdiri di luar tingkap tersebut sambil merokok.

Dia kemudiannya pusing ke arah mereka dan mula menanggalkan tali pinggangnya. Selepas itu, dia mula menayangkan kemaluannya dan main-main dengannya di depan mereka. Gilalah!

Foto: Facebook

Merasa geli, wanita-wanita ini cepat-cepat mengalihkan pandangan mereka dan cuba meminta tolong pelanggan yang lain di situ. Tapi mereka tak melakukan apa-apa.

Flasher ini nampaknya tengah mabuk dan ini mungkinlah sebab kenapa orang-orang di dalam kafe ini takut nak bertindak atau masuk campur.

Selepas 3 minit, barulah dia beredar seperti tiada apa yang berlaku.

Netizen tadi pun telah tanya pekerja Starbucks itu tentang hal ini tapi mereka berkata inilah kali pertama mereka mengalami insiden sebegini. Itulah sebabnya mereka tak tahu apa nak buat. Mereka cuma boleh meminta maaf kepada sekumpulan kawan-kawan tadi.

“Saya risau tentang bagaimana dia boleh terlepas begitu saja setelah melakukan sesuatu yang tak senonoh. Apa akan terjadi kalau dia ulangi perbuatan ini bila-bila atau di mana saja dia nak?” kata netizen ini.

Tujuan dia kongsikan insiden ini adalah untuk sebarkan kesedaran dan supaya semua orang sentiasa berwaspada jika ia berlaku di sekeliling mereka.

Wanita itu juga telah kongsikan video flasher yang dia rakam. Kalau berani, tengoklah (tak payah pun tak apa). 

Perkara ini memang tak patut berlaku kepada sesiapa. Tapi jika anda berada di tempat wanita ini, apakah yang akan anda buat?

Apa-apa pun, tolong hati-hati, ya!

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 30 Oct 2023

Ular Sawa Besar Tumpang Kereta, Netizen Kagum Suami Isteri Tenang Kawal Situasi Tegang

Alaaa… Ular tu baru nak ajak pergi healing😭😭😭

Trending Sun, 1 Apr 2018

忘记自己也是明星? 「浩克」追星纪录笑翻粉丝

饰演漫威超级英雄「浩克」的马克鲁法洛(Mark Ruffalo),在私底下其实也是个崇拜巨星的小粉丝!近日有网友整理出了他的「追星事迹」,引起许多网友的热烈讨论。

Trending Wed, 17 Aug 2022

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Michael Ang Nafi Suntik Botoks, Dedah Pernah Tanam Benang Pada Hidung

Nama Michael Ang sering menjadi sasaran pertanyaan wargamaya mengenai perubahan pada wajahnya. Terbaharu, Michael Ang didakwa membuat pembedahan di bahagian muka dan menyuntik botoks. Membidas dakwaan itu, Michael tampil memberi penjelasan bahawa dirinya pernah menjalani […]

Trending Thu, 22 Oct 2020
Trending Tue, 29 Jan 2019

麦当劳邀你加入义工行列!到全马超过15间安老院庆新年

麦当劳诚邀你一同加入义工行列!到全马超过15间安老院,与长辈们一同共庆农历新年。