Categories: Trending

Warga Asing Tidak Terlepas, Wajib Buat Ujian Saringan Kesihatan

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media telah memaklumkan pekerja asing dalam semua sektor di negara ini diwajibkan untuk melakukan ujian saringan kesihatan.

Langkah itu diambil bagi memastikan mereka bebas jangkitan virus dan seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan.

“Kes positif jangkitan virus ini meningkat dua hari berturut-turut dan ia berlaku dalam kalangan pekerja warga asing di sebuah tapak pembinaan di Ampang, Selangor.

Jadi, untuk membendung COVID-19 daripada terus merebak, Kementerian Kerja Raya menutup operasi tapak bina itu dan kerajaan bersetuju untuk mewajibkan semua pekerja warga asing di semua sektor sama ada pembinaan, kilang, komersial dan kedai makan untuk membuat saringan kesihatan,” katanya dalam sidang media.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, semua kos saringan itu perlu ditanggung oleh semua majikan pekerja asing terbabit.

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Kredit: Berita Harian, Youtube Buletin TV3

Syafiqa Irdina