Categories: FeaturedGaya Hidup

Ini sebab kenapa anda perlu letak bawang putih di bawah bantal

Bawang putih digunakan sebagai bahan ramuan dalam hampir setiap makanan dan masakan Malaysia. Selain menyedapkan masakan, bawang putih juga mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan.

Kandungan pelbagai nutrien seperti karbohidrat, vitamin B, protein, zat besi, kalsium dan banyak lagi menjadikan ia sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

Kredit gambar: How To Live Safe

Bawang putih bagus untuk mengelakkan penyakit jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kanser dan mempunyai khasiat sebagai antibiotik semula jadi di dalam tubuh manusia.

Selain itu, bawang putih juga mempunyai kebaikan tersendiri jika anda meletakkannya di bawah bantal setiap kali hendak tidur. Jom ketahui manfaatnya:

Kredit gambar: Sleepopolis

1. Penghalau serangga

Bawang putih mengandungi allicin iaitu sejenis sebatian sulfur yang memberikan bau yang kuat pada bawang putih. Meletakkan bawang putih di bawah bantal mampu mengelakkan nyamuk, pepijat dan labah-labah kerana ia bertindak sebagai penghalau semula jadi serangga yang berkesan.

2. Merawat insomnia

Kandungan kalium dan magnesium dalam bawang putih memainkan peranan penting dalam tidur yang berkualiti. Pengambilan kalium dan magnesium akan mengendurkan otot dan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil GABA.

Kredit gambar: Jeffery Broussard

GABA ialah isyarat badan bahawa sudah waktunya untuk menenangkan diri dan ia bantu menyejukkan sel-sel otak sehingga mereka dapat memulakan kerja pemulihan yang berlaku semalaman.

Selain itu, sifat antioksidan dan antimikrob bawang putih menjadikan cairan dan organ tubuh sihat, bebas jangkitan sekali gus membantu fungsi otak yang sihat dan membantu kitaran tidur yang betul. Meletakkan bawang butih di bawah bantal akan membuatkan tidur lebih lena dan berkualiti.

3. Agen antibakteria

Bawang putih yang dihancurkan akan berubah menjadi allicin, antibiotik yang melawan jangkitan kulat dan bakteria. Ia sangat baik untuk merawat dan mencegah jangkitan di dalam atau di luar badan dan mampu membunuh virus tertentu lebih baik daripada antibiotik.

Kredit gambar: Simply So Good

4. Kurangkan hidung tersumbat

Bawang putih mampu mengurangkan batuk dan membantu mengurangkan masalah berdengkur. Ia juga membantu membersihkan saluran hidung yang tersumbat dan mengurangkan ketidakselesaan ketika bernafas sekali gus membuatkan tidur lebih nyenyak tanpa sebarang gangguan.

Kredit sumber: Buzz Noble

Ad Ops