Categories: Trending

“What Did You Do? Mana Sifat Kemanusiaan?” – Disebabkan Anjing Liar, Netizen Berbalah

Baru-baru ini, tular seorang warga emas lelaki dikasari seorang pegawai sebuah majlis bandaraya selepas cuba menghalangnya semasa operasi penangkapan anjing liar.

Isu ini tular di media sosial Twitter dan menjadi tajuk perbualan dan pendebatan yang hangat dalam kalangan warganet.

Cara pegawai terbabit mengendalikan anjing liar itu telah menjadi buah mulut warganet kerana ramai menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Isu anjing liar ini telah mengundang pelbagai naratif dan pendapat orang ramai.

Ada yang menganggap anjing liar memang sepatutnya ditangkap dengan cara apa sekalipun kerana mengundang banyak masalah seperti penyakit dan mencederakan orang awam.

Ada juga sebahagian yang menentang tindakan terbabit dengan alasan ia tidak berperikemanusiaan dan menyakiti anjing liar tersebut.

“What did you do? Mana sifat kemanusiaan? Ini dah melampau! Tolong buat laporan jika ada melihat situasi penderaann/ penganiayaan haiwan,” ujar warganet.

Keadaan bertambah hangat lagi apabila warganet mula berbalas-balas ciapan di aplikasi Twitter untuk memberi pendapat mereka sendiri tentang isu anjing liar ini.

Nurul Hana