“Happy Anniversary NunHa….”-Neelofa Memuat Naik Gambar Perkahwinan Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-3

Pasangan popular, Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3, semalam.

Bersempena sambutan itu, Neelofa sempat memuat naik gambar perkahwinan mereka menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

“May this love be blessed till jannah” tulis Neelofa di kapsyen

 

Rata rata rakan artis mengucapkan tahniah dan mengharapkan agar perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.

Peminat juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada mereka berdua di ruangan komen.

 

“Happy Anniversary sweet ummi dan abah Bilal. Semoga sentiasa saling sayang menyayangi dan bercinta hingga ke Jannah,” komen peminat.

“Happy anniversary you two. Bercintalah sehingga syurga. Semoga sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah,” komen peminat lagi.

Koleksi gambar kahwin Neelofa turut menunjukan semua tetamu hadir mengikut tema serba putih dan menjadikan perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai pada ketika itu.

Neelofa dan PU Riz telah berkahwin pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal.

Izzi Farhana