Categories: Trending

Wow… Bila Marah, Sebijik Macam Dalam Filem KL Gangster! Syamsul Yusof Bengang Netizen Ugut ‘Family’

Baru-baru ini, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof tampil di Balai Polis Taman Melawati bagi membuat laporan polis berhubung kes ugut yang diterimanya.

Didakwa sedang berhadapan dengan kemelut rumah tangga bersama isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, Syamsul bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal berkenaan.

Individu ugut Isteri, anak & keluarga

Video Syamsul yang kelihatan berang kerana diugut ternyata mencuri perhatian netizen, sehingga ada yang menyamakan Syamsul dengan watak Shark dalam filem KL Gangster yang dilakonan olehnya sendiri.  

Bagaimanapun, Syamsul mengakui dia bersikap demikian kerana ugutan yang diterimanya kali ini sangat melampau. .

Dalam pada itu, anak kepada Datuk Yusof Haslam ini turut menegaskan bahawa beliau akan mencari pelaku berkenaan walau dengan cara apa sekalipun.

Untuk menonton berita penuh, saksikan siaran Melodi di bawah :

Salma Syahbuddin