Categories: Trending

Tidak Perlu Laksana PKPD Di Seluruh Sabah- Menteri Kanan

Dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 sebentar tadi, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) tidak peru dilaksanakan di seluruh negeri Sabah.

PKPD hanya di kawasan terpilih

Menurut Ismail Sabri, ketika ini PKPD hanya dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri itu, manakala Sabah secara keseluruhannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB

“Setakat ini, tiada keperluan untuk melaksanakan PKPD (di seluruh Sabah) tapi pada masa akan datang kita tidak tahu lagi,” katanya pada sidang media mengenai PKP di sini, hari ini.

Untuk rekod, Sabah kini terus mencatat rekod kes positif paling tinggi iaitu sebanyak 643 kes.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”