Categories: Trending

Sejuk Mata Memandang.. Foto OOTD Berniqab Neelofa Di Instagram Dipuji Netizen

Setelah membuat kejutan dengan tampil berniqab pada minggu lalu, selebriti terkenal, Neelofa memuat naik foto outfit of the day (OOTD) pertamanya di Instagram sebentar tadi.

Bekas hos Nona TV3 ini tampil sederhana dan sopan dengan persalinan labuh berwarna hitam dan ungu.

Foto tersebut ternyata meraih perhatian rakan selebriti dan para peminat yang rata-ratanya memuji penampilan terkini Neelofa.

New Mindset, New Opportunities – Neelofa

Ringkas dengan kapsyen ‘new mindset, new opportunities’, Neelofa seakan  ingin memberi mesej bahawa dirinya kini sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang dengan penampilan terbarunya itu.

Semoga perjalanan baru ini dipermudahkan dan sentiasa mendapat keredaan dari-Nya. Amin.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Masya-Allah… Syukur Atas Hidayah Untuknya”- Neelofa Kini Tampil Berniqab, Ibu Luah Rasa Terharu

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”