Categories: Trending

‘Ya Itu Anak Kami’- Datuk K Terkilan Gambar Anak Tersebar

Umum ketahui, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuannya. Namun, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tok Ti juga memerlukan masa yang sesuai untuk berkongsi kepada peminat mengenai gambar anaknya. Tetapi semalam, telah tular dilaman sosial gambar seorang bayi yang dikatakan anak penyanyi tersebut.

Foto : Instagram Siti Nurhaliza

Walau bagaimanapun, disebabkan penyebaran gambar tersebut, suami kepada Tok Ti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tampil mengesahkan bahawa gambar bayi yang dipangku oleh seorang wanita, seperti yang tersebar di laman sosial adalah anak mereka. Datuk Khalid juga melahirkan rasa terkilan terhadap sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar anaknya. Iyala, sebagai ibu bapa mereka mesti mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak berkongsi gambar anak selepas dilahirkan.

“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.

“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas,” katanya kepada Berita Harian.

Tok Ti selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Namun, terdahulu, Datuk K turut memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi. Datuk Khalid juga turut memaklumkan kepada Berita Harian bahawa panggilan Fatimah Az-Zahra hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

“Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih,” katanya.

Jadi, sama-sama lah kita menunggu ‘official’ gambar anak kepada pasangan bahagia ini dengan sabar ya! 

 

Sumber: Berita Harian

tex_admin