Categories: Gaya Hidup

Elak Terlepas Flight Sempena Cuti Sekolah. Ikuti Tips Perjalanan Oleh Malaysia Airports

Sempena cuti persekolahan ini, pasti ramai ibu bapa yang mempunyai perancangan untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Sama ada memilih perjalanan secara air, darat mahupun udara, perancangan amat penting supaya percutian kita berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Namun, pernahkah anda mengalami situasi terlepas flight terutama sekali menjelang musim perayaan ataupun musim cuti persekolahan? Al-maklumlah waktu-waktu puncak beginilah akan berlakunya peningkatan penumpang di lapangan terbang.

Bagi mengatasi masalah ini, Malaysia Airports Holdings Berhad berkongsi panduan perjalanan yang sangat berguna kepada anda semua. Check it out!

1. Tiba sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan anda

2. Gunakan pengangkutan awam untuk ke lapangan terbang

3. Letak kenderaan anda di tempat letak kereta jangka pendek atau jangka panjang yang disediakan

4. Gunakan kemudahan automatik yang disediakan seperti self-check-in kiosks dan kaunter self-bag-drop untuk mempercepatkan urusan check-in anda

5. Gunakan perkhidmatan bas di terminal utama KLIA dan bukannya aerotrain

6. Jumpa duta airport CARE jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Mereka sedia membantu!

Ingat, rancang perjalanan anda dengan teliti untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Sambil-sambil tu, jom layan video pendek dari Malaysia Airports.

 

Ad Ops