Categories: Trending

Yasin Sulaiman Terlepas Hukuman Gantung, Lepas Tanpa Bebas Daripada Tuduhan Edar Ganja

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman kini boleh menarik nafas lega setelah bebas daripada tuduhan hukuman gantung sampai mati berhubung dakwaan mengedar dadah pada 24 Mac lalu.

Keputusan dibuat oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu.

Memetik laporan mStar, Yasin kini boleh menarik nafas lega atas terlepas daripada hukuman gantung sampai mati.

“Alhamdulillah, saya baik. Saya ikut segala proses dan peruntukan undang-undang dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini,” katanya.

Namun begitu, difahamkan Yasin masih berdepan tuduhan atas kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut laporan Buletin TV3, tuduhan tersebut memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan kurang 10 sebatan.

Sumber: mStar, Buletin TV3

Aqilah Paharuzi