Iqbal Zulkefli Kongsi Tips Kejayaan, Amalkan Surah Al-Fatihah Tiap Kali…

Pengsohor media sosial dan usahawan, Iqbal Zulkefli berkongsi amalan yang sering dilakukan untuk mencapai kejayaan seperti apa yang diraihnya hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Iqbal menyatakan setiap hal yang dihajatkan selepas mengamalkan surah-surah yang dihafal sejak dari kecil, pasti akan diterima.

“Saya tidaklah berjaya yang betul-betul stabil lagi sebenarnya. Cuma saya ingat, sejak kecil setiap perkara yang saya doakan biasanya dapat.

“Bukan tentang rezeki sahaja. Saya tiada amalkan yang mendalam sangat. Cuma berpegang pada surah-surah yang saya hafal sejak kecil dulu, saya takkan tinggal setiap kali meminta hajat,” katanya.

Selain itu, Iqbal turut mengamalkan surah Al-Fatihah ketika menangis meminta simpati daripada Allah biarpun amalannya ringkas.

“Contohnya, surah Al-Fatihah, itu sahaja surah yang saya baca ketika menangis meminta simpati dari Allah. Sampai sekarang pun saya tetap baca surah ini.

“Kalau dulu saya menangis, saya solat hajat. Sama juga seperti sekarang. Kalau saya tujukan sesuatu, cara itulah saya buat. Memang nampak ringkas, namun itulah pegangan kita.

“Kita tidak mahu Allah tinggal kita dan bagi saya, setiap kali saya amalkan amalan ringkas yang lama-lama dulu, itu menandakan saya tetap setia pada Allah di sat susah dan senang,” katanya.

Menerusi sesi soal jawab di aplikasi NGL, usahawan selebriti tersebut turut berkongsikan beberapa lagi kunci dirinya mencipta sehingga ke tahap ini.

 

Fatin Nurain